Sunday, February 6, 2011

Senantiasa

Wahai Orang yang ku puja
Adakah dikau mengingati ku
Kerana diri ini selalu mengingati kamu
Raut wajahmu, hidungmu, matamu
Ku puja senantiasa, selalu

Wahai Orang yang Ku Damba
Adakah dikau mengerti diriku menyukai mu
Ingin mendakap mu, ingin mendamba cintamu
Raut iras wajahmu, yang sentiasa difikiran ku

Wahai Orang yang ku puja
Adakah dikau ikhlas menyukai ku
Menyayangi ku
Kerna diri ini akan sentiasa memuja mu
Dari hujung rambutmu hingga ke hujung kakimu

Aku sayang akan kamu
Aku ingat kamu
Aku melakar wajah mu diminda dan hatiku

Namun aku takut, adakah dia juga berfikiran dan berperasaan seperti ku
Adakah dia ingin bertemu
Adakah dia benar-benar ikhlas
Atau dia sekadar menjaga hatiku dengan berkata dia suka pada ku jua

Harapan itu positif
Harapan itu cerah
Dan berharap serta mengharap dia muncul dihadapan ku nanti
Membawa senyuman menawan yang kuharapkan senantiasa, sentiasa
SENANTIASA
Dikau SENANTIASA dihatiku
Walau kau jauh dari sisiku

2 comments:

  1. lama akak tak komen kat sini, busylah zam pastu internet rosaklah pulak. baru balik dari tm buat report nasib baik cepat dia datang betulkan.dapur plak bagai nak terbalik sbb tengah repair kitchen cabinet, anai2 dah menyerang padahal dah letak ubat dia. terpaksa buat yang baru bila lah boleh siap janji seminggu entahlah.

    ReplyDelete
  2. hi kak shidah, rindu sangat dengan kak shidah...owh ye ker...tak apalah, sekarang dah laju kan internet nya...alhamdulillah...wah! nanti dah renovation kitchen, mesti chantik kann...hehehehee

    ReplyDelete