Thursday, February 3, 2011

Salina - Part 4

Latifah keluar dari bilik Salina dan dengan pantas dia berlalu pergi ke halaman rumah untuk menyidai "towel" basah nya. Dalam perjalanan menuju ke pintu, dia disapa oleh Mak Joyah. "Kau cuti ker Pah? Bukan main susah nak nampak muka kau sejak kebelakangan ni. Jengok-jengoklah abang long kau disini. Bukan kau tak der kereta. Eh! Mana pergi kereta kau?". Dalam hati Latifah menyibuk betul Mak Joyah ni. Kalau tak menyibuk pasal hal orang boleh tak. Dengan senyum simpul Latifah menjawab " Cuti lah Mak Yah. Tu yang boleh datang sini. Pah minta cuti tahun. 6 hari. Mak Yah dari mana?". Latifah terus menuju ke ampaian diluar rumah yang berdekatan dengan pintu dapur.

"Aku dari rumahlah. Aku nak pergi ke rumah Lebai Samad untuk tengok-tengok kan aku ni. Sejak kebelakangan ni, badan aku sakit-sakit. Sakit kat pinggang sampailah ke hujung kaki. Bisa sangat aku rasa. Kalau hari hujan, lagi lah aku tak boleh tahan. Allah saja yang tahu" balas Mak Joyah dengan suara nya yang lantang tu. Latifah masuk semula dan terus menolong Salina memotong sayur.

"Habis tu, kau nak ke rumah Lebai Samad lah ni. Kau ni kalau makan tak nak berpantang. Semua kau makan. Benda-benda "angin" semua kau hentam. Mana tak nyer kau senang dapat sakit sendi. Minum air pun kau kurang. Si Zemah tak tolong urutkan ke? Kan dia masih bercuti lagi." kata ibu Salina. Zemah adalah anak saudara Mak Joyah. Dia cuti semester.

"Budak-budak sekarang Ziah. Kau tahulah. Bila aku suruh goreng ikan, takut kata nya. Takut meletup dan kena ke tangan dan muka nya. Sedangkan goreng ikan aku suruh dia takut, ini kan pula nak suruh dia mengurut aku. Apa yang dia tahu asyik main "handphone" dia. Apa dia? Pesbook..Entah, susah benar aku nak menyebutnya." jawab Mak Joyah. " Facebook lah May Yah" sahut Latifah dengan ketawa.

"Kau dengar tak Ziah pasal kerbau mengamuk tadi. Orang cakap kerbau tu nampak Hantu Raya belaan orang tua yang berniaga gerai tu." tambah Mak Joyah. "Ishhhh, kau ni, kalau pasal bab-bab mengarut dan khurafat tu bagilah kat kau. Semuanya kau tahu kan. Tak der pasal tu lah eh! Isshh..apa kau ni. Bawa mengucaplah." sambil mengeleng-geleng kepala ibu Salina menjawabnya. Bunyi desiran minyak panas seakan-akan sedang mengoreng kedengaran. Ikan kembung dua ekor sedang digoreng diatas kuali hitam. Bunyi tumbukan batu lesung juga kedengaran. Cili merah, bawang putih serta cili api telah ditumbuk oleh Latifah. " Eh! Betul. Kalau tak macam mana kerbau yang elok-elok ditambat tu tiba-tiba mengamuk? Mesti dia ada nampak "benda alah" tu. Banyak orang cakap Ziah oiii! Dah aku nak balik ni. Aku nak ke rumah Lebai Samad. Dapat jugak dia mengurut dan tengok-tengok kan kaki aku ni. Kot-kot tersampuk ke? " tambah Mak Joyah sambil mengangkat punggung labu sayung nya dari kerusi dapur.

Latifah lantas mengusik dengan berkata " Hai! Cepat benar May Yah nak balik. Kalau tak tu, ada jer cerita yang nak dijaja". " Amboi kau bukan main "laser" lagi mulut kau yer Pah. Mentang-mentang aku ni macam ni, kau perli aku yer. Sampai hati kau Pah"..."Dah, Mak Yah nak balik ni"..sambil menuju ke pintu dapur terkedek-kedek disebabkan kakinya sakit dan terus berkata lagi " Ziah, aku balik dulu".

Semua masakan telah terhidang dimeja makan. Tengah tunggu "ketua rumah" balik. Setelah beberapa minit, Ayah Salina muncul dimuka pintu dapur lalu membasuh muka dan kaki nya di bilik mandi yang berdekatan dengan sinki. Kedua adik lelaki Salina juga telah balik. Mereka sekeluarga menikmati juadah makan tengah hari dengan berbual tentang kerbau mengamuk. Bunyi ketawa meriuhkan ruang dapur rumah Salina. Sungguh bahagia nampak nya keluarga Salina.
Tiba-tiba kedengaran bunyi motor.

(bersambung....)

No comments:

Post a Comment