Thursday, February 3, 2011

Salina - Part 3

Dengan pantas, Salina dan mak saudaranya mengelak dan berlari ke tepi. Kaki mereka sempat berlari ke tempat semak yang berdekatan. Rupa-rupanya, ada kerbau mengamuk. Kelihatan beberapa orang lelaki termasuk Zali sedang mengejar kerbau yang sedang berdengus. Seakan-akan dalam keadaan marah dan ingin menanduk sesiapa saja yang menghalangnya.
“Kau tak pa-apa? “ tanya Zali. “Kerbau tu terlepas dari seberang jalan sana. Aku dengan abang aku atas motor. Ternampak beberapa orang sedang mengejar kerbau tu. Jadi aku ikut sekali. Seronok pulak aku rasa.” Tambah Zali.  Kelihatan Salina yang masih dalam keadaan terkejut dan terus mendekati Zali untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang peristiwa tersebut. Mak saudara Salina juga turut mendekati Zali sambil membersihkan kemuncup yang melekat di seluarnya.
“Aku tak apa-apa. Cuma aku terperanjat. Aku ingat apa dia tadi. Nasib baik Mak Su aku tarik aku ketepi. Kalau tak, habislah aku ditanduk oleh kerbau tu. Uhhhh! Selamat!” sambil menarik nafas dengan rasa lega. Salina dan mak saudara nya pun beredar dari tempat itu dan meneruskan perjalanan untuk ke destinasi mereka.
Kedengaran suara yang begitu riuh rendah. Pelbagai ragam penjual ikan, sayur dan peniaga lain untuk mempromosikan barang-barang yang dijual oleh mereka. Salina dan mak saudaranya menghampiri gerai-gerai tersebut dan membeli apa yang dikehendaki. Setelah membeli ke semua barang-barang mentah tersebut, mereka pun pulang ke rumah.
“Eh! Tak habis-habis lagi ke dia orang ni nak menangkap kerbau mengamuk tu. Riuh sekampung plak aku nampak. Lelaki semuanya sasa-sasa belaka. Tak kan tak boleh tangkap kot.”kata Latifah kepada Salina. Ternampak beberapa orang sedang mengerumun disatu kawasan tepi jalan di kawasan semak. Kerbau tu macam sudah ditambat.  “Mak Su. Kita nak masak apa hari ni. Mak Su ni reti ke masak?”, usik Salina.
“Hello! Tengok orang sikit tau. Walaupun kita macam ni, kita pandai masak tau. I kan tulen, mestilah pandai masak. Nanti kalau ada jodoh, kalau tak pandai masak, suami  I cari lain tau” sambil mengayakan percakapan tersebut dengan nada ala ala percakapan “adik-adik” atau mak nyah.  Salina membalas “ Mak faham Nyah”. Kedua-dua mereka semakin hampir ke rumah yang dituju. Dalam hati Salina, baik juga mak saudara ku ini. Sanggup dia berbelanja untuk makan tengah hari nanti. Yer lah, dia tak datang nak dekat 8 atau 9 bulan. Sesekali apa salahnya.
Kelihatan wajah yang agak kusam kulit mukanya dengan tahi lalat yang banyak dileher merenung jauh ke arah Salina dan Latifah.  “Kau orang ada beli tempoyak yang aku mintak tadi? Boleh buat tempoyak culit. Ikan kembung kau ada beli tak Pah?” tanya ibu Salina kepada Latifah. “ Ada kak. Pah tak lupa. Ada ni ha! Ikan kembung ni kita masak goring berlada yer. Paha ada beli kangkung. Boleh buat kangkung goring belacan” balas Latifah lantas meletakkan bungkusan barangan basah yang dibeli dari pasar tadi ke atas sinki. 
“Paha da jugak beli pucuk ubi, ubi kayu dan juga petai. Abang Long suka gulai petai ni kak. Akak buat lah untuk dia yer! Saya nak mandi kejap. Badan berbau pasar plak ni” tambah Latifah dan terus ke bilik Salina untuk bertukar pakaian dan mandi. Salina dan ibunya membuka semua bungkusan barangan basah tadi dan mengeluarkan sayur dan ikan untuk di siang.
Kedengaran lagu Ziana Zain di corong radio yang dibuka oleh Salina. Kedengaran suara perempuan dari bilik mandi yang mengikut lirik lagu tersebut. Maklumlah, anak dara tua. Mungkin terbawa-bawa perasaan nya yang masih belum berkahwin. Mungkin kesepian melanda. Maka amat tepatlah dengan lagu Ziana Zain tersebut. Suara di bilik mandi itu juga semakin lantang mengikut alunan lagu tersebut. Salina tersenyum sambil mengaul ikan yang telah siap di siang tadi dengan sedikit garam. Bawang dan cili juga telah tersedia untuk dikisar.
Sambil Salina membasuh sayur di sinki, dia terpandang kelibat manusia lalu diluar jalan rumahnya. Mak Joyah sedang menuju ke rumahnya. Dalam hati Salina, ini tak habis-habis nak mengumpat lah ni. Tak pun ada gossip terbaru yang hendak disampaikan. Tak serik-serik agaknya Makcik Joyah Bt Budin ni. Asyik menceritakan hal orang jer. Hal sendiri tak nak ambil kisah. Kalau hal orang, bukan main lebar mulut tu bercerita. Tapi kalau pekung sendiri, nak tutup, tutup lagi. Huurrmm! Mak Joyah, Mak Joyah. Seorang anak lelaki Mak Joyah masuk pusat pemulihan dadah, seorang lagi baru lepas kena tangkap polis sebab merempit. Anak perempuan yang bongsu plak, baru jer kena tangkap khalwat. Itu semua pekung Mak Joyah.
Kelihatan seorang wanita yang berumur 50-an dengan bentuk tubuh yang agak “labu sayung” semakin menghampiri pintu dapur dimana Salina berada. “Assalamualaikum! Ziah, aku ni. Kau buat apa tu?” Kedengaran suara Mak Joyah memberi salam. Lantas suara Salina dan ibu nya menyahut salam tersebut. Dengan lenggang lenggok nya, Mak Joyah masuk ke ruang dapur dan terus menghampiri ibu Salina.
“Kau nak masak apa Ziah? Bukan main banyak lagi kau “memborong”? Semua ada ni. Kau menang loteri ker Ziah?” tanya Mak Joyah. “ Ishhh kau ni. Kesitu plak kau pergi. Si Latifah balik menjenguk abang nya. Dia pergi ke pasar dengan Salina tadi. Kau dari mana ni? Tengah-tengah hari ni, kau tak masak ker?” balas ibu Salina.
“Owhhh! Latifah ada. Patutlah aku perasan tadi. Masa Salina lalu di hadapan rumah aku, aku nampak perempuan berjalan dengan Salina. Aku ingat siapa tadi. Eh! Kau tak tahu ke tadi ada kerbau mengamuk? Entah kenapa kerbau tu mengamuk?” tambah Mak Joyah sambil mata nya liar memandang kesana sini.
Orang seperti Mak Joyah memang dah semula jadi suka menjaga tepi kain orang. Suka mengumpat dan menghina orang. Lumrah orang macam ni. Warna baju Mak Joyah yang agak-agak tidak sesuai dengan “trend” terkini. Dah lah warna oren campur merah. Pakai pula selendang ungu. Warna gincu bibir merah menyala. Celak hitam yang tak kena tempat. Betul-betul macam orang “hulu banak”. Ishhh. Mak Joyah! Mak Joyah. Itulah yang difikirkan oleh Latifah apabila ternampak kelibat Mak Joyah didapur.

(Bersambung….)

No comments:

Post a Comment