Wednesday, February 2, 2011

Salina - Part 2

Wajah gembira terpancar di muka Salina. Dalam fikiran Salina hanya ada satu wajah. Wajah yang memberikan kegembiraan pada dirinya. Lama sungguh Mak Su tak datang. Terlalu rindu untuk bergurau senda dengan Mak Su yang ku sayangi. Itulah dia wanita kental yang diriku tahu. Seorang jurutera yang tegas membuktikan bahawa wanita juga boleh berjaya. Itulah dia Mak Su aku. Semua nya bermain-main difikiran Salina. Lantas jeritan gembira kedengaran serta riuh rendah dan gelak ketawa  memecah sunyi di rumah Hj Abas Abdullah. “Mak Su, Ina rindu sangat dengan Mak Su. Mak Su sihat? Mak Su apa khabar?” kata Salina kepada mak saudara nya sambil mendakap penuh erat tubuh seorang wanita yang berumur 41 tahun yang masih lagi belum berkahwin.

“Alhamdulillah sayang. Ina ok ker. Kenapa Ina berhenti sekolah ni. Ina tahu tak, Ina ni budak pandai tau. Anak saudara Mak Su ni bijak orang nyer” balas Latifah, nama sebenar nya sambil memicit pipi Salina dengan jari-jemarinya.

“Assalamualaikum”, kedengaran suara jantan yang macam biasa didengar selalu oleh Salina. Sambil meletak parang serta botol yang berisi cuka getah didepan rumah lalu naik ke tangga dapur untuk menjenguk isteri tercinta. Kedengaran suara dari Salina, Latifah serta Rodziah (ibu kepada Salina) menyambut salam tersebut.

Dalam fikiran Latifah, adakah itu suara Abang Long. Sudah 8 bulan tidak ku temui dia. Rindu sangat aku dengan abang sulung ku ini. Maklumlah, kerja ku banyak. Mengajar budak lepasan Universiti dan beberapa kerja teknik dan pengawasan elektrik. Tiada kesempatan aku ingin menjenguk nya disini. Aku tahu abangku seorang “wira”. Dia tidak berpelajaran tinggi macam aku, Cuma kerja kampung. Semangat dia sungguh kental. Walaupun dia tak berpelajaran tinggi, tapi dia ada keluarga. Apa ada pada aku? Suami & Anak? Jauh sekali. Cuma pangkat dan wang ringgit yang cukup untuk diriku bernafas lega. Hidup di Kuala Lumpur. Serba-serbi mahal. Alhamdulillah. Tak sia-sia aku berpelajaran tinggi. Walaupun aku tak kahwin, aku masih ada Abang Long, Abang Ngah dan Busu. Dan yang paling penting, aku masih ada tuhan. Allah S.W.T.

“Eh, kau! Bila sampai ni? Abang tak perasan. Mana kereta kamu?” kata Hj Abas Abdullah kepada adik perempuannya. Lantas Latifah menuju kearah Abang Long nya itu dan mencium tangannya dan berkata “Apa khabar abang? Kereta masuk “workshop”. Buat ragam lagi. Pah naik bas dari Bukit Jalil. Abang sihat?”

Sambil menuju ke rak dapur dan mengambil cawan aluminium lantas diisi dengan minuman kopi kampung. “Abang macam ni lah. Kerja kampung. Pagi-pagi lagi abang dah keluar menorah. Tak kesitu, abang pergi menebas semak di belakang rumah  arwah Pak Bidin  tu. Alhamdulillah, abang sihat. Selagi abang sihat, insya allah, abang akan menggunakan tulang empat kerat ni untuk bekerja. Kerja kau macam mana? Dah ada ker yang berkenan di hati?” tambah Hj. Abas Abdullah.

“Mak Su! Ina nak pergi pasar kat seberang sana. Mak Su nak ikut tak?” tanya Salina kepada Latifah. Dengan senyum, Latifah bersetuju dengan pertanyaan itu tadi dan melupakan apa yang ditanya oleh abang long nyer. Sebut pasal kahwin memang pantang bagi Latifah. Semenjak dia putus tunang 3 tahun lepas, seolah-olah , dia dah menjadi serik dengan lelaki. Serik dengan perangai lelaki melayu yang suka membuat janji tapi tidak pernah ditepati.

“Pah! Oh Pah!” jerit ibu Salina sambil berjalan menuju ke ruang dapur. Latifah menjawab panggilan kakak ipar nya itu dan menyatakan hasratnya untuk menemani Salina ke pasar di seberang sana. Perangai Latifah seolah-olah sudah macam “tom boy”. Cara jalan dah macam lelaki tetapi masih bertudung. Mungkin terbawa bawa sifat ditempat kerja nya yang kebanyakannya terdiri dari kaum lelaki.

Suasana mentari yang sungguh indah menyinari setiap sudut, diikuti dengan hembusan angin yang segar. Sungguh damai dan indah kampung ni. Latifah dan Salina berjalan menyusuri laman Mak Nab yang dipenuhi dengan pokok bunga. Kelihatan anak lelaki nya sedang membasuh motornya. Sungguh kurang sopan. Tidak berbaju dan hanya memakai seluar bola yang jarang. Ternampak sedikit warna seluar dalam kelabu nyer. Salina tidak menggemari perangai anak lelaki Mak Nab yang sorang ni. Dah lah tidak bekerja, pemalas lepas tu suka kacau anak dara di kampung. Banyak anak dara telah “rosak” akibat angkara nya namun setiap peristiwa, pasti dia terlepas dari kerja terkutuk nya itu.

“Hi Ina. Awak nak pergi mana? Boleh saya ikut” sapa anak lelaki Mak Nab. “Kau sibuk apasal. Suka hati akulah , aku nak pergi mana? Lain kali, jangan sibuk boleh tak? balas Salina sambil meneruskan langkah dengan Mak Su kesayangannya ke seberang jalan yang menghampiri disatu jambatan besi.

Kedengaran bunyi motor yang seakan- akan laju menuju kearah mereka. “Ina, ketepi..ketepi Ina, tepi…..” suara lelaki remaja.


(Bersambung)

3 comments:

  1. wow u got talent to write a novel. good. i like. tulislah sampai habis, nanti find a publisher.

    ReplyDelete
  2. kak gee: Serious..zam hanya berkhayal and cuba create story nyer...well, thanks kak gee...zam akan tulis sampai habis ok..malam ni zam nak tulis part 3 and part 4 sekali..

    ReplyDelete
  3. pandai tulis novel ye zam, insyaalah kalau rajin mesti akan berjaya dipublishkan suatu hari nanti. kalau tak segan call karangkraff beritahu pasal novel zam ni.

    ReplyDelete