Wednesday, February 2, 2011

Salina - Part 1

Salina merupakan budak yang baik budi bahasa nyer. Dia mempunyai perwatakan yang menarik dan sungguh bersopan baik dari tutur bahasa nya dan juga tingkah laku nya. Dia berasal dari keluarga yang susah. Bapa nya seorang penoreh getah manakala emaknya seorang peniaga nasi lemak. Adik beradiknya ada 3 orang. Salina adalah anak sulung dan mempunyai 2 lagi adik lelaki. Setiap pagi, emaknya akan menghantar nasi lemak yang telah dibungkuskan siap2. Salina lah yang akan menghantar nasi lemak tersebut ke Warong Pak Ismail yang terletak tak jauh dari rumahnyer. Adalah dalam 8-10 minit kalau berjalan kaki. Salina berumur 16 tahun dan dia tidak bersekolah lagi kerana bagi dirinya, dia perlu berkorban untuk adik-adik nya yang masih bersekolah dalam darjah 3 dan seorang lagi didalam darjah 5. Salina bukan nya tidak boleh belajar malah dia telah mendapat 6A2 dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Mendapat keputusan sebegitu adalah dianggap baik dan cemerlang dikawasan kampung tersebut. Disebabkan atas desakan keadaan dan melihat kedua ibu bapanya yang bekerja keras selalu, maka Salina mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pelajaran nya hingga peringkat SPM atau yang lebih tinggi lagi.

Dalam perjalanan untuk menghantar nasi lemak ke warung Pak Ismail, Salina disapa oleh Zali. Zali adalah rakan sekolah Salina. Mereka berkawan baik sejak dari sekolah rendah lagi.

"Salina, kau nak pergi jalan kaki ker. Tak berat ke?" sapa Zali. "Alah, aku dah biasalah. Kau ni nak pergi kemana ni. Ewah! Ewah! Bukan main kacak lagi aku nampak kau. Ni mesti ada apa-apa ni? kata Salina dengan penuh gurauan. Maklumlah, rakan rapat Salina. Salina memang suka bergurau orang nya. "Aku nak pergi kawankan abang aku pergi ke bandar. Dia ada temuduga kat Pejabat Pos. Jadi Kerani Kaunter. Aku tengah tunggu dia lah ni." balas Zali.

"Ohh, aku ingatkan , kau nak pergi tengok wayang tadi." usik Salina sambil meneruskan perjalanan nya ke warung Pak Ismail yang boleh kelihatan. Agak agak dalam 30 meter lagi, sampailah nasi lemak yang berjumlah 50 bungkus tu ke warung tersebut. Bunyi motor kedengaran menandakan betapa sibuk nya aktiviti di waktu pagi tersebut. "Ah, kau dah sampai. Apasal lambat hari ni. Orang banyak dah tunggu ni. Cepat! " jerit Pak Ismail. Kelihatan ramai lelaki yang berumur dalam lingkungan 50-an bersarapan disitu. Penoreh getah, pekebun dan pelbagai pekerja kampung yang singgah diwarung Pak Ismail ni. Ramai orang cakap, teh tarik Pak Ismail ni sedap. Sesetengah orang cakap, Pak Ismail ni ada menyimpan hantu raya. Dan pelbagai lagi andaian serta cerita tentang Pak Ismail ni. Pak Ismail adalah askar pencen yang menjalankan perniagaan gerai di Kampung Yong Nek. Hampir 15 tahun jugak lah dia berniaga.

Lantas Salina meletakkan bakul yang berisi Nasik Lemak tadi dan beredar dari situ. Dalam fikiran Salina, lepas ni nak menolong emak membasuh kain. Emak tak boleh berendam dengan air sangat. Dia ada lelah. Doktor juga telah menasihatkan dia jangan buat kerja berat-berat. Itu juga adalah satu sebab mengapa Salina membuat keputusan untuk berhenti dari sekolah. Dia ingin menolong ibunya. Aku mesti berhenti!. Aku mesti berhenti!. Itulah ayat yang bermain dalam fikiran nya semasa mendapat keputusan cemerlangnya.

Dalam perjalanan pulang, kelibat Zali tidak kelihatan lagi. Mungkin dia telah pergi ke bandar bersama abangnya. Sebelum sampai ke rumahnya, dia akan melalui laman Mak Nab yang dipenuhi dengan pokok bunga kertas serta pelbagai pokok bunga yang lain. Indah sungguh laman Mak Nab ni. Setelah Salina lalu separuh dari laman Mak Nab, Salina disapa oleh Razak dari tingkap. "Hi. Awak dari mana ni?". Salina tidak memperdulikan sapaan itu kerana dia tahu Razak ni gatal sikit. Siapa yang tak kenal Razak, anak Mak Nab. Bohjan kampung yang terkenal. Salina meneruskan perjalanan nya sehingga sampai ke rumah. Bila Salina membuka pintu, dia melihat..................................

(bersambung)

No comments:

Post a Comment