Tuesday, February 1, 2011

Gembira - Part 1

As Salam semua dan selamat petang semua. Di harap semua berada didalam keadaan sihat wal'afiat. Alhamdulillah, cuaca agak baik sekarang. Yerlah, 2-3 hari lepas, asyik hujan jer. Baju pun tak kering. Syukur ke hadrat illahi kerana telah memberi sedikit ruang bagi matahari memancarkan sinaran nyer ke dunia Malaysia ini. Sebelum itu, zam ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada kawan FB zam yang bernama Seha Beins kerana telah mengizinkan zam turut bersama2 beliau meluangkan masa bersama2 dengan keluarga beliau di Berjaya Times Square semalam. Zam dah anggap Kak Seha Beins ni macam my own sister dah. Terima Kasih Sis. You are amazing... Zam juga terkesima dengan jemputan beliau makan malam (buffet) bersama2 teman beliau di Corus Hotel pada malam Sabtu tempoh hari. Thanks, once again. Zam doakan kak seha dimurahkan rezeki sekeluarga. Insya Allah! Good Luck with your metaphysics thing. You are truly talented on doing that sis!..hehehehehe..

Inilah selipar (Flip Flop) tu..hehehehe..Cantikkan

Berbalik cerita di Berjaya Times Square, zam sebenarnya dah lama tak pergi Times Square ni. Maklumlah, tempat favourite asyik2 KLCC, Pavilion, Sg Wang and Avenue K..Tapi semalam rasa macam seronok plak sebab "ter expose" semula dengan suasana di Times Square tu. Huurmm! Banyak juga barang2 yang murah sebenarnyer di sana. Macam macam jualan murah..yer lah Tahun Baru Cina nak dekat kan. Macam2 barang , semuanyer ada potongan harga. Harga semua berpatutan ...Gila2 plak tgk. Zam juga sempat membeli selipar yang bertulis FACEBOOK berwarna hitam. Hah! Selipar FACEBOOK???? Yer lah, ada perkataan facebook tertera di selipar tersebut. Zam suka..murah jer ..hanya RM10.00..selipar untuk pakai dirumah, nak ke kedai ker, nak ke mini market ker..memang "cool" sangat.

Bersama2 dengan keluarga kak Seha Beins, zam juga pergi ke INDOOR Theme Park nyer di tingkat 7. Kak Seha suruh naik Roller Coaster tu, mampossssss  aku sakit jantung nanti. Jangan dibuat2, zam ni penakaut sikit, tapi kalau bab2 cerita hantu, zam tak takut...lagi zam nak baca buku atau tonton cerita seram tu..huhuhuhu....Kalau you all ingat, dulu pernah terjadi, ada pengunjung yang jatuh dari Roller Coaster tu, nasib baik tak mati..cuma cedera parah dikepala dan patah tangan..keadaan nyer stabil masa tu. Sejak tu, zam dah takut nak naik "joyride" machine ni. Bukan takut mati, tapi mati biarlah dengan keadaan yang sempurna sifat tubuh badan nya..ni tak pasal2 kepala tercabut lah, tangan tercabut lah..eeeeee..Audzubillah.!

Kak Seha dan anak2 nya jer yang naik, zam dan mak mertua kak seha hanya duduk dan berbual. Sambil menunggu kak seha dan anak2 nyer ber"having fun" disitew, zam sempat pergi mengambil gambar keadaan beberapa ruang disekitar Theme Park tersebut. Zam sungguh tertarik dengan amusement centre yang zam rasa bagi kita info tentang binatang dinasour. Ianyer lebih kurang macam kita masuk Petrosains KLCC lah..zam ingat, bila masuk dalam amusement park tersebut, kita akan lihat keadaan zaman dinasour yang berusia 1 juta tahun yang dulu..macam interesting..tapi maybe next time lah zam pergi. Semua "joyride" machine kat sitew, semuanyer ok, cuma semuanyer menakutkan dan meningkat "adrenalin" kita kalau naik machine tu..ahahahahaahahaa...tengah syok mengambil gambar, muncul maskot theme park ..apa lagi, zam bergambar lah dengan maskot itu..huhuhu..tak nak lepaskan peluang, sebab zam jarang ke Times Square ni...huhuhuhu..

Setelah selesai berhibur disitew, zam and keluarga kak seha pergi mengalas perut and makan hot dog di tingkat 5. Sedap jugak hotdog nyer..mungkin perut zam lapar, tak tahulah. Sambil menunggu hidangan hot dog tersebut, zam gi beli waffle..mmmmm...sedap bangat! Yerlah, ada tiga perisa, HONEY, STRAWBERRY and BUTTER..Bedal lah, apa lagi kan...Setelah selesai, pergi jalan2 di kawasan Times Square tu and then singgah pula makan manisan di satu cafe. Cafe nyer SWEET CHAT...mmmm..sedap sangat..zam makan MANGGO apa tah, dah lupa..gabungan ice blended, campur dengan sagu, pemanis dan ketulan mangga..aduhhh! sedapnyer tak terkata..tapi manis sikit lah kan...sedap.. and then lepas tu pulang. Kak seha "drop" zam kat Avenue K and then kak seha balik ke hotel Corus dimana mereka menginap..

Berikut adalah gambar2 yang sempat zam "snap" untuk kenangan bersama.




Roller Coaster Rail



It's Like TOY WONDERLAND...I Like it

Dihadapan Entrance DINASOUR -Explore & Exhibit


Bersama Maskot Theme Park

Dekorasi Sambutan Tahun Baru Cina - BERJAYA TIMES SQUARE

Keluarga Kak Seha Beins

Cafe SWEETCHAT - BERJAYA TIMES SQUARE

Ini lah Manggo Desert tu...Sedapppp

Bersama keluarga Kak Seha Beins

Dekorasi Tahun Baru Cina - BERJAYA TIMES SQUARE



No comments:

Post a Comment