Sunday, January 30, 2011

Selamat Petang Dan Hujan

As Salam semua. Salam sejahtera dan selamat petang semua. Diharap semua berada didalam keadaan sihat wal'afiat yer. Insya Allah , Allah melindungi umat yang mengingati nyer. Zam baru jer lepas minum petang kat Nyonya Corner ni. Maklumlah, hujan hujan macam ni, perut mudah lapar. Alhamdulillah diatas rezeki yang Allah bagi/beri. Sentiasa bersyukur ke hadrat illahi kerana negara kita tak der perang, konflik dan juga masalah kebuluran. Cuma, ada segelintir masyarakat yang masih hidup dalam keadaan daif dan perlukan perhatian rakyat dan kerajaan serta kebajikan masyarakat. Ok, hari ni emak masak sup ikan , goreng berlada tempe dan sayur campur. Hari ni pun mak macam tak der mood nak masak sebab hujan kata nyer. Mak jugak ada masak Bubur Keledek..Ini favourite zam...love it..


Bubur Keledek

 Sejuk! Kesian mak....Untuk menambah lauk, abah pergi beli lauk ayam tandoori and ayam masak madu kat Restoran Deen di Medan Idaman, Batu 5, Jalan Gombak...

Sup Ikan Merah


Goreng Berlada Tempe

Setelah menikmati makan tengahari dengan kedua ibu bapa ku (walaupun dalam keadaan yang begitu sejuk kerana hujan tak berhenti2 dari pagi tadi), zam pun mandi, sembahyang dan bersiap gi KLCC. Mesti orang tanyer, apalah yang dibuat oleh zam ni..asyik2 KLCC kan...zam memang suka gi sana sebab ada beberapa sebab. Antara sebab nyer, dekat dengan rumah, and then  barang2 yang zam nak semua ada disitu dan semuanyer memenuhi citarasa zam..hehehehe...Setelah penat round and round (ada barang yang zam nak beli dan akan datang semula ke KLCC pada esok kerana orang yang handle zam tu cuti)..so esok kena gi KLCC lagi....kalau lantai KLCC tu boleh bercakap, mesti dia cakap ASYIK ASYIK TAPAK KAKI KAU JER YANG PIJAK BADAN AKU...huhuhuhuhu...

Berbalik pada cuaca pada hari ni memang menyejukkan...mana tak nyer, hujan dari pagi tadi hinggalah membawa ke petang ni. Sampaikan di Johor banjir dan menjejaskan proses mengundi. Kesian tengok orang yang rumah mereka dinaiki air bah..sedih plak..bayangkan, kerusi, perabot lain habis basah....cuba kita ganti tempat dia orang..apa perasaan kita???..kesian kannnn...moga2 banjir di sesetengah tempat di Johor tu surut lah hendaknyer..Insya Allah... Kalau nak ikutkan zam memang tak suka hujan. Zam suka matahari..langit biru..tapi bak kata pepatah, bumi mana yang tak ditimpa hujan..kalau boleh, biarlah panas...aktiviti manusia pun boleh dikatakan menjadi lebih senang sikit. Ini kalau hujan, susah sikit nak bergerak. Lagi pun hujan ni membuat kan kita jadi malassssssss......Apa2 pun zam bersyukur sebab masih bernyawa untuk menikmati keindahan dunia yang Allah ciptakan untuk umat2 nyer..syukur Alhamdulillah...tiada yang lebih baik dari sentiasa bersyukur terhadap NYA yang satu....Kat Cafe Avenue K ni, orang tak berapa ramai, mungkin orang banyak bertumpu di KLCC...


Tea Time Value Meal Set - Nyonya Corner Cafe, Avenue K, Jalan Ampang

Hendak daftar kat Fitness First , Avenue K sampai sekarang tak daftar2 lagi...apa yang zam buat datang ke Avenue K ni asyik2 nak Online and chatting jer guna Wi-Fi free...ahahahahaahahaa...Apa2 pun zam ucapkan selamat hari minggu dan beristirehat bersama keluarga...huhuhuhu..zam keluar ni mak bising sebenarnya, dia kata KAU TAK RETI NAK DUDUK RUMAH YER. BUNTUT KAU TU BERDURI JER KAN..KALAU SEHARI TAK PIJAK K.L. TU, TAK SAH AGAK NYER..itulah kata kata ibu tersayang ku terhadap ku tadi sebelum diriku melangkah keluar...huhuhu..

Ok, selamat minum petang, selamat berehat dan jaga kesihatan anda semua.\

As Salam......TIADA YANG LEBIH BAIK DARI BERSYUKUR DARIPADA MERUNGUT TAK TENTU PASAL...

6 comments:

  1. Zam sedapnya tempe goreng berlada kesukaan akak, oh suka merayau kat klcc ye!! Merayau tu sambil cari2 pasangan hidup lah. Hidup ni zam apa lagi yang boleh kita buat selain dari makan dan berjalan, so enjoylah sebelum kita mati sambil buat amal ibadah.

    ReplyDelete
  2. kau nie kan, mmg tak sudah2 ngan klcc tu.. :P

    take care ok! hepi holidays!

    -raj-

    ReplyDelete
  3. kak sidah : ya betul tu. zam setuju sangat dengan kak sidah...huhuhuhu...amal ibadah tu yang paling penting sekali....

    ReplyDelete
  4. balraj : heheehehehe..raj, I am innocent..huhuhuhu..tu lah tempat yang menghiburkan aku raj...thanks raj, you too have a nice holiday ok..

    ReplyDelete
  5. patutlah sonyap jo dari siang tadi. zam mara yap rupanya.

    ReplyDelete
  6. kak gee : huhuhuhu..ha ah, jumpa kawan lah kak gee..:)

    ReplyDelete