Friday, January 28, 2011

Petang Khamis, Malam Jumaat

As Salam dan salam sejahtera semua. Semua dah tidur ker? Kalau belum tidur, zam nak share satu cerita yang benar berlaku pada suatu ketika dulu. Terima Kasih diucapkan pada my dearest sister, Kak Fauziah Abd Samad (Kak gee) sebab membangkit kan cerita cerita yang menyeramkan..heheheheh.. Cakap pasal hantu, iblis, setan atau jin, mereka memang wujud cuma kita tak nampak makhluk lakhnat tu. Cerita yang zam nak share dengan you all semua mengenai pengalaman ternampak hantu/iblis/jin...

Pengalaman pertama berlaku waktu zam berumur dalam linkungan 7 tahun..sampai sekarang zam ingat lagi peristiwa tu. Masa tu arwah abang (Mohd Amir) hidup lagi..zam tidur satu bilik dengan dia. Pintu bilik masa tu tak der sebab rumah kita orang tak seberapa besar masa tu. Bila waktu malam and nak tidur, mak dan ayah akan padam kan semua lampu dan pasang pelita. Pelita tu mak akan letak atas bangku betul2 kat ruang dapur. Bilik kami berdua (zam dan arwah abang) memang betul2 dekat dengan dapur. Bilik kakak kat depan. Dia tidur seorang sebab dia adalah anak dara kesayangan mak. Malam tu, mata zam memang tak boleh tidur sebab terlampau fanatik dengan permainan NINTENDO (Game & Watch). Permainan ni memang popular pada zaman awal tahun 80-an. So semua orang dah tidur, abang tak pakai kelambu bila tidur, tapi zam, mak pasangkan kelambu. Dalam mata yang terkebil2 ni, zam perasan macam ader orang lalu kat dapur (alamak tegak bulu roma zam sekarang ni)..Jadi zam duduk dalam kelambu dan melihat apa yang terjadi. Alangkah terperanjat nyer, zam terlihat lembaga berambut panjang mengurai berjalan perlahan lalu didepan bilik kita orang...zam terus baring masa tu. Nak jerit nanti, takut abah marah, sebab abah tak suka zam terjerit2 panggil mak. Zam memang anak manja masa kecil. Jadi zam diam jerlah. Keesokan hari nyer, zam cerita dengan mak..jadi mak macam antara percaya dengan tak percaya jer. Tapi, itulah pengalaman  pertama zam nampak benda "lakhnat" tu. Rambut dia panjang sangat..muka tak nampak, tapi jalan dia memang macam bukan manusia...yer lah iblis ...

Ok, pengalaman kedua, zam nampak betul2 depan mata zam jarak dalam 50 meter lah..tapi bagi zam mengerunkan jugak lah. Zam dulu memang suka pergi tgk LIVE BAND dengan kawan2. Zam tak suka disko, sebab kalau nak berdsiko ni , baik disko dirumah. Tak reti nak menari depan orang ramai..hehehehe..ok...Lepas habis LIVE BAND, zam pergilah lepak mamak kat Jalan Doraisamy..masa tu DORAISAMY popular..kat selekoh Wilayah Complex. Tengok jam, dah nak pukul 3.00 pagi...zam menyapa kawan zam, sambil berkata : HELLO, ni dah lambat ni. Mati kau kena marah dengan mak aku nanti. Dah lah sebelum ni aku pernah kena terajang dengan abah aku...so, kawan pun bersetuju untuk beredar dari gerai tempat kita orang lepak tu. Bila sampai kat rumah zam, lalu lah lorong kat Jalan Gombak rumah zam ni...rumah zam tak jauh dari jalan besar (jalan raya)...so bila kawan zam dah beredar, zam pun buka lah gate rumah...lampu jalan ader dipasang di lorong tempat zam tinggal, so boleh kata nampak lah jalan dari rumah zam hingga ke penghujung rumah jiran yang lain disana...mata ni memang jahat betul..masa nak tutup gate rumah , zam terpandang hujung jalan disana....sebelum tu zam dah dengar macam bunyi sampah tergesel kat jalan tar...macam bunyi daun kering tergesel kat jalan tar...bila terdengar bunyi sampah tu tergesel , zam menoleh lah ke arah mana datang nyer bunyi tu...tu dia...perempuan rambut panjang berjela pakai baju putih..muka tak nampak..berjalan dan macam terawang2...mengucap panjang zam...Allah sajer yang tahu bagaiman perasaan zam masa tu...apa lagi, bagai nak rak lah buka pintu rumah...bila tgh buka pintu rumah dari luar...........jeng jeng jeng...hehehehehehe..sajer bagi suspen...bila tgh buka pintu , buka jer pintu, terperanjat besar zam, mak bangun dan menerpa kepada zam. Terperanjat BERUUKKKK zam masa tu. Ingat mak dah tidur. Ruper2 nyer, dia dengar hempasan pintu kereta tadi...mak pun bising lah sebab dah nak dekat kul 4.00 pagi baru balik...dia pun start lah pot pet pot pet dia...hehehehe...Dalam tengahari macam tu, baru zam cerita dengan mak apa yang berlaku....Itulah pengalaman zam...pengalaman seram ...Tapi jadi tanda tanya, apalah yang "perempuan" tu cari ek???..mak cakap, pontianak ni dia macam mencari sesuatu...entahlah..iblis lakhnat ni memang suka menganggu manusia.. Apa apa pun, jangan mudah tak percaya wujudnyer benda2 halus macam tu...kita kena ingat, iblis dan syaitan tu akan senantiasa menganggu umat Allah dan menyesat kan kita semua....

Malam ni, malam Jumaat kan....so berhati2 lah...banyak kan membaca ayat2 suci Al-Quran..insya allah, Allah melindungi kita...

Ok, zam nak minum kopi and nak makan biskut JACOB's...

Salam sejahtera semua...

4 comments:

  1. OMG...seramnyer. gombak pun mmg kawasan dia zam. taman melawati tempat kjee tinggal ni pun sama. sebab tu kjee marah unclepali keluar malam2 jumpa frens dia. tapi dia buat trading forex so kekadang kene keluar. oklah dah overdose citer hantu for the day. gud nite my dear bro. sweet dreams.

    ReplyDelete
  2. kak gee : yer ker....ok, gudnite my lovely sista..ahahahahaahaa

    ReplyDelete
  3. Zam cerita hantu ni is a no no untuk akaklah zam,maklumlah rumah akak ni dekat sangat dgn tanah perkuburan orang2 islam (elok @anglima garang. Nasib baik minggu ni anak2 ada balik kuranglah sikit takut kalau tak, akak tak kan komen post hantu ni.

    ReplyDelete
  4. kak sidah : hehehehehe..yer, zam faham. Tak perlah kak, insya allah, Allah lindungi kita dari makhluk halus tu...

    ReplyDelete