Wednesday, January 26, 2011

Makan Malam

As Salam semua. Semua dah makan ker? Zam baru jer lepas makan nasi dengan berlauk kan sup ayam, sayur campur dan pecal. Hehehehehe...Biasa nyer malam , zam tak makan banyak sangat. Takut buncit...wah! Gitew...hehehehee...sekarang ni tgh menghadap lap top sambil menonton TV bersama ayah dan emak yang tercinta. Kakak masih kerja lagi...jap lagi dia balik lah tu. Biasa nyer malam, zam akan melayan berita and siaran favourite berita adalah TV3 (Buletin Utama)...memang zam sokong TV3 sampai bila2..sebab zam dibesarkan dengan menonton TV3 dari mula siaran iaitu dari tahun 1984 lagi....I am a big fans of TV3....

Lepas menonton apa yang disukai, zam akan chatting dengan teman2 dan lepas tu, jengok email sekejap..and then flip the newspaper, kot2 ader cerita menarik especially Harian Metro and KOSMO...meletup berita2 yang disiarkan...ahahahaahaha..selalunyer memang kontroversi jer berita dia orang cetak kan dalam surat khabar mereka. And then, mula lah zam "mengodek" hi-fi zam kat dalam bilik and pasang lagu yang diminati....yang tak minat buat apa nak dengar..huhuhuhu...sambil baring atas katil, zam cuba baca novel yang zam beli..dapat baca 4-6 bab cukuplah..then zam buat nota setiap bab...tentang apa yang diceritakan oleh novelis tersebut. Then dah layan novel dalam 40 minit, zam akan buat Black Coffee..zam suka kopi sebab kopi ni anti-kanser..telah terbukti ia adalah agen anti-kanser....zam memang suka kopi dari sekolah menengah lagi..orang cakap selalu minum kopi senang dapat darah tinggi, tapi insya allah, so far tak der..touch wood.....minta dijauhkan lah....that's why kita kena minum banyak air mineral sekurang2 nyer 3 liter sehari and bersenam kalau boleh....

Selepas penat melayan novel, jikalau mata mengantuk zam tidurlah..biaser nyer zam tidur dalam kul 1.00pagi..huhuhuhu..kecuali kalau dah terlampau penat, then tidur awal dalam kul 11.30pm..lebih kurang lah tu.....apa apa pun , itulah penghidupan seharian pada waktu malam..kalau kawan atau sepupu ajak keluar pergi lepak mamak, zam pergi jugak..tapi tengok mood jugak..kalau mood tak berapa elok, zam duk rumah and terperap dalam bilik jer dengar lagu/CD...

Nak layan TV jap....selamat beristirehat semua....esok mentari kan bersinar lagi dengan hari yang baru dengan semangat yang sentiasa baru dari hari ke hari...zam adalah optimist dalam segala hal. Perbanyakkan senyum kerana ianya dapat memudakan wajah kita dan mempraktikkan kehidupan positif senantiasa....

As Salam and Salam Sejahtera

No comments:

Post a Comment