Wednesday, January 26, 2011

Lunch Time

As Salam semua dan selamat petang semua. Dah lunch ker? Zam baru jer balik dari lunch. Tadi lunch kat THE WELD, Bangkok Express. Makanan  Thailand...makan nasi putih dan Tom Yam campur. Masa makan tadi, zam terkesima dengan gelagat seorang pelanggan yang berkunjung dan makan di restoran yang sama. Zam kalau bab makan ni, tak reti nak makan banyak2..mungkin dah kebiasaan kot makan hanya ala kadar jer. Adalah mamat ni, dia order Tom Yam campur and nasi...lepas makan nasi dan tom yam tu..dia order lagi satu menu iaitu Nasi Goreng Udang....so zam macam terkejut beruk pun ader, terkejut ular pun ada..kakakakakakakaka...tak pernah nampak orang makan sebegitu banyak..apa2 pun, itu hak dan wang ringgit dia. Siapa kah zam nak ambil peduli. Peduli pasal lah...tapi yang tak menyedapkan hati zam, kawan perempuan dia plak yang bayar. Adussssssss! Malu nyer zam raser sebagai seorang lelaki, perempuan plak yang belanja. Dah makan banyak2, perempuan atau orang lain plak yang makan banyak. Dah lepas makan, punyerlah tak der table manners, sendawa besar sampai dua tiga meja dari tempat duduk dia pun boleh dengar dia sendawa...ish! Ish! Ish! No Manners betul....Entahlah, tapi badan lelaki tu kecil jer..tapi makan Audzubillah! Ishh, zam tak nak mengata lagi..tapi tak sedap lah kalau PEREMPUAN plak yang bayar kan. Zam perhatikan, ramai lelaki (segelintir) sama ada bujang ataupun dah kahwin, mesti perempuan yang bayar makan..Kenapa ek?......eeeeeeeeeee...Apalah punyer lelaki macam ni...Girlfriends atau Bini plak yang bayarkan. Zam memang tak boleh accept budaya macam ni....Apa2 pun, zam senantiasa memerhati sandiwara manusia yang berwarna warni penuh dengan pelbagai watak .....

As Salam..........Selamat Petang and Salam Sejahtera...

SENYUM ITU ADALAH TANDA YANG BAIK BAHAWA ANDA MEMPUNYAI  MENTAL DAN FIKIRAN YANG POSITIF

4 comments:

  1. kahkahkah. kalau isteri yang bayar, mestilah sebab suami dia dah bagi duit kat dia. selalu isteri jadi financial controller. kjee lantik nadia jadi my FC. selalu orang pandang jer bila tgk dia bayar or sign...dia pun berlagak sakan lah. tapi i setuju lelaki yg tak malu kalau GF bayar.

    ReplyDelete
  2. Zam tahun 1990 akak selalu pergi THE WELD, masa tu KL Tower baru nak dibina, akak kerja diMENARA HAW PAR. Sekarang dah lama tak ronda2 THE WELD.

    ReplyDelete
  3. kak gee : hehehehehehe...entahlah kak gee...tapi kalau isteri telah dilantik sebagai financial controller, ok lah...wah! Nadia jadi FC lagi..bagus2 kak gee...at least she know and handle the financial brilliantly..hehehehe

    ReplyDelete
  4. kak sharifah : la, yer ker..alamak, tahun 1990, masa tu zam baru form 4...heheheheheehe...baru lepas SRP..ahahahaha..yer ker..akak nak round kat sitew..kawasan "jam" lah kak sharifah..tapi kalau akak nak round better before 4 pm tau..kalau tak , u stuck dalam "jam"...kawasan tu really really congested

    ReplyDelete