Friday, January 28, 2011

Kopi

As Salam semua. Dah tidur ker? La, apasal nak tidur plak...kan esok cuti..hehehehe..gurau jer..bagi yang kerja esok, selamat bekerja ok. Kerja tu satu ibadah kan dan juga sumber rezeki untuk kita. Ok, setelah sekian penat bekerja, kita akan balik rumah, mandi, makan and then tengok TV or baca newspaper. Sesetengah orang pasti nak minum sesuatu sambil menonton TV kan? Betul tak?..kalau tak betul tu, nampak benar menipu..tu yang dok lepak kat mamak tu , kau minum apa ek..Teh Tarik???..har, minum jugak kan...Dalam banyak banyak jenis minuman, zam paling suka minum kopi. Tak tahulah dari dulu lagi, memang suka minum kopi. Memang fanatik dengan kopi ni. Aroma nyer...uuurrrmmmmm! Peerrrgghhhh! Sedap siot!

Zam ada terbaca dalam salah satu artikel tentang asal usul kopi ni. Ok, kopi dijumpai oleh para penternak kambing di Ethiopia 1100 sebelum masehi. Kemudian ia merebak popularitinyer hinggalah sampai ke Italy pada tahun 1600 seterusnyer sampai di Australia pada tahun 1788 dan merebak ke pelusuk dunia. Sekarang, ia menjadi minuman yang paling popular dikalangan penduduk dunia. Ada 5 jenis kopi yang popular pada masa kini. Ianya adalah :
1) Espresso
2) Latte
3) Mocha
4) Capuccino
5) Macchiato

Kesemua2 jenis kopi tadi mempunyai daya rasa yang berlainan mengikut citarasa masing2. Zam suka latte, mocha and Macchiato...semua nyer ader kat STARBUCK..yes, zam nyer favourite cafe...hehehehe
Ada separuh orang tak suka minum kopi dengan menyatakan senang dapat darah tinggi lah, senang dapat gastriklah, tak elok untuk paru2 dan sebagainyer. Aku dah minum nak dekat 20 tahun, tak mati pun...itu semua mulut puaka punyer gossip semata2...arrgghh! malas aku nak layan. Zam ada juga buat "research" tentang kebaikan minum kopi ni. Kebaikan nyer adalah...jeng jeng jeng......tgklah senarai kebaikan dibawah ni :
a) Kopi mengandungi anti-oksidan yang tinggi yang boleh melawan penyakit KANSER dan penyakit JANTUNG
b) Penyelidikan juga telah dilakukan oleh saintis barat bahawa dengan mengambil/minum kopi dengan tahap yang normal secara tidak langsung akan mengurangkan malah menjauhkan kita dari mendapat penyakit PARKINSON (80% peluang mendapat penyakit ni dikurangkan)
c) Dengan meminum 2 cawan kopi sehari, ianyer dapat mengelakkan mendapat penyakit kanser USUS sebanyak 25% dan mengurangkan 50% dari mendapat penyakit batu karang dihempedu
d)Terdapat juga bukti dari hasil kajian saintis menyatakan bahawa kopi dapat mengelakkan dari mendapat penyakit ASTHMA, menghentikan penyakit kepala, meningkatkan MOOD seseorang dan menghalang kaviti dari terjadi
e) Kopi DECAFF juga mempunyai "tugas" yang sama dengan kopi biasa.

Bagi zam, minum kopi pada tahap yang boleh dikawal tak salah..zam minum 3 cawan kopi sehari..iaitu, pagi, petang dan malam...separuh orang kalau minum kopi pada waktu malam , tak dapat tidur. zam ok jer...kalau dah mengantuk, membuta juga zam..huhuhuhu.. UNFAZED dengan kopi dah...ahahahahhaa.. Jadi kopi merupakan minuman wajib bagi zam ...I can conclude by saying I LOVE COFFEE...or I AM A COFFEE LOVER

4 comments:

  1. me too. me love coffe too but caffein vly danglous. hehehe

    ReplyDelete
  2. Zam kopi memang sedap tapi bukan kopi je minuman lain pun kalau diambil terlalu banyak akan mendatangkan ketagihan dan ketagihan tak baik untuk kita ingat bukan dadah dan rokok je boleh ketagihan.

    ReplyDelete
  3. kak sidah : yup, betul tu....tapi zam tak ketagih sangatlah...cukup hanya 3 cawan sehari..zam pernah tgk orang minum kopi sampai 6-7 cawan sehari...scary jugak

    ReplyDelete