Saturday, January 29, 2011

Hari Yang Bergelar SABTU

As Salam semua dan salam sejahtera. Dah makan malam ker? Soalan apa lah zam tanya kan..dah pukul 10.00 malam pun, nak makan malam apa..hehehehe..dah "supper" gitew. Zam baru jer balik dari KLCC. Pergi kesana sebab beli barang2 keperluan diri kat GUARDIAN Pharmacy. Syampu, Body Spray, Shaver, Shower Gel, Facial Cleanser dan Shower Gel. Haiishhhh! Semua memang zam beli tiap tiap bulan. Zam memang particular tentang penjagaan diri. Di KLCC tadi, punyerlah ramai nyer orang membeli belah..yerlah, orang dah dapat gaji..BULAN tgh MUDA bak kata orang....cuba tengah bulan, kalau boleh, jarum peniti jatuh pun boleh dengar kat KLCC ni..hehehehehe..apa apa pun elok jugak kita sebagai pengguna ni berbelanja kerana ianyer menolong ekonomi berganjak kedepan sikit dalam sektor perbelanjaan pengguna. Eh! Zam tak nak cakap pasal Ilmu Ekonomi...merepek betul aku ni. Setelah masuk dan pilih barang2 kat Guardian, zam bayar dan beredar. Kemudian zam masuk pulak kat MARK & SPENCER. Bukan nak menunjuk2 , tapi zam suka dia orang nyer COCONUT MILK Shower Gel and of course BODY Scrub. Sebelum ni zam pakai BODY SHOP, tapi sesekali nak try jugak produk British ni..huhuhuhu....tengah pilih barang2 yang nak dibeli, mak tersayang telipon, dia cakap jangan bazir2 kan duit, maka zam iya kan cakapnyer dan bersetuju. Jadilah pengguna yang bijak berbelanja. Frankly, my mother is my Financial Controller..hehehehe..zam memang boros sikit...ok, lepas tu dah bayar, zam beredar dan pergi ke kedai buku yang zam paling minati iaitu KINOKUNIYA. Kat sana, zam beli novel terbaru STEPHEN KING, baru tak baru lah, last year nyer...and beli beberapa fancy stationeries like pen, note book and some colourful files...huhuhuhu..zam memang "gila" kalau masuk kedai buku KINOKUNIYA ni..kalau boleh , nak borong semua dalam kedai tu...huhuhuhu...tengah pilih and tengok novel yang hendak dibeli, zam disapa oleh seorang lelaki ..mula2 zam tak kenal....setelah dia memperkenalkan diri, rupa-rupa nyer kawan satu sekolah menengah...berbeza sungguh kalau orang yang dah kahwin dengan orang yang belum kahwin ni kan....dia BOROI and I am not...huhuhuhu...face the facts ok...and then dia a bit chubby..oooopssssss...maka berbual lah zam dengan dia sampai isteri dia datang menghampiri tempat kita orang berbual...dia ajak gi minum tapi zam cakap tak boleh sebab nak catch up a few things..kami bertukar no hp...huhuhuhu...(dalam hati baru ada anak sorang dah boroi kawan ku ini..jagalah badan tu..ooopssssss..laser pulak aku ni)..

Setelah tu zam gi bayar kat kaunter dan beredar...langkah demi langkah sehingga meninggalkan hiruk pikuk manusia dan zam sampai di stesen LRT KLCC dan terus ke tempat kegemaran zam kat Avenue K dan singgah minumdan makan bubur ayam. Bubur ayam NYONYA CORNER ni sedap sangat...dah order, zam pun buka LAPPY (netbook - CUTIE Samsung) zam and layan FB and chatting jap...setelah lebih kurang 1 1/2 jam lepak disitu, zam balik. Hari hujan rupa nyer tadi...disebabkan banyak barang nak dijinjing, maka dengan lantas tangan ni melambai teksi dan beredar meninggal kan bangunan Avenue K tadi...sampai rumah jer rumah, mak tengah berbual dengan makcik mulut becok sebelah rumah.. Makcik tu berkata : HAR, KAU BARU BALIK..BANYAK KO SHOPPING?.BOLEH LAH BELANJA MAKCIK?..dalam hati ku berkata, makcik ni tak habis2 suruh belanja dia makan...huhuhuhu..lalu zam membalas kata kata nyer itu : MAKCIK LIN, KITA PERGI LAIN KALI YER, KITA PERGI DENGAN MAK.. lantas ku masuk ke dalam bilik ku dan berehat dan menukar baju untuk mandi. Penattttttttttttttttt! Itulah perasaan yang bermain difikiran zam tadi. Sebut pasal penat , mak hari ni dia tak masak tengahari ni, zam order DOMINO'S Pizza..huhuhu..ayah ader jemputan UMNO..entah gi mana tah dia..jadi makan lah PIZZA dengan mak..dah petang baru mak masak...ni pun macam dah kenyang jer sebab baru jer makan bubur ayam kat Avenue K tadi dalam kul 6.45pm tadi......alamat memang tak makan lah zam..nak buat MILO jer jap lagi. Hari ni CEREKERAMA tak berapa sedap lah...Ingatkan drama lakonan pelakon kegemaran zam ELLIE SURIATI bertajuk BIARLAH AKU MENANGIS..ruper2 nyer delay ...zam akan tunggu cerita tu....




Har! Sebelum zam lupa, jangan lupa saksikan cerita seram kat TV3 malam ni kul 12.30am bertajuk SHROOM (cerita Inggeris)...bessttttttttttttt! zam suka cerita horror...yesszaaaaaaaaaa...apa apa pun zam ucapkan pada semua SELAMAT BERHUJUNG MINGGU. Jangan libatkan diri dengan maksiat maklumlah hari sabtu..banyak perkara yang betul boleh kita terjebak...ingat, ALLAH sentiasa memerhatikan kita. Jangan Merempit..berlumba haram. Pihak Polis sentiasa buat sekatan jalan raya pada malam minggu macam ni...Tahniah PDRM...teruskan sekatan anda. Banyak sangat anak melayu terjebak dengan gejala rempit ni...entah bila nak hilang budaya rempit ni...hurrmmm! entahlah....OK..selamat malam semua..As Salam..Enjoy your Saturday....owhhh..zam nak buat kopi and makan Oat Crunch and Vanilla Fudge yang zam beli kat Mark & Spencer tadi............:)

3 comments:

  1. curlazzz adik akak ni tau. time cam ni dah ada kat umah. sejuk perut mak awak mengandungkan awak. kjee jap lagi pun nak tido. nadia dah boring sangat. nak ajak gi ronda KL tapi papa dia daha tido. hehehe
    gud nite sweet dreamzzzzzzzz

    ReplyDelete
  2. kak gee : heheheheehe..yer ker..ok, kak gee jangan fikir yang bukan2 ok. Nadia tu tak der apa2..insya allah, kak gee pun zam doa kan sentiasa sihat...ok, gudnite sis..

    ReplyDelete