Wednesday, January 26, 2011

Budaya Membaca

As Salam semua. Selamat Tengah hari. Hari nak lunch apa ek?..hehehehe..ok, tadi zam ada terbaca satu website dari US. Ia menyatakan bahawa budaya membaca perlu dipupuk dari peringkat tadika lagi. Zam memang amat bersetuju dengan kenyataan dalam website tersebut. Tapi yang menjadi tanda tanya zam sekarang, Di Malaysia, semangat membaca ataupun budaya membaca ini selalu di ketengahkan oleh pihak Kementerian dalam menangani masalah malas membaca dikalangan masyarakat kita semua. Bukan nak  "condemn" masyarakat kita tapi itulah hakikatnyer. Budaya malas membaca ni masih berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia sekarang ni. Tapi kalau benda benda yang berbentuk SEKS dan sebagai atau yang sewaktu dnegan nyer, sanggup membuntang kan mata untuk membaca serta melihat nyer dengan lebih dekat.

Bagi zam, semangat membaca ni perlu dipupuk dari rumah. Contohnyer, ada kan satu sudut perpustakaan dimana kita menyimpan segala jenis buku-buku ataupun majalah-majalah (bukan majalah lucah yer) untuk kita membaca. Sudut tersebut bukan hanya untuk kita malah untuk para tetamu yang hadir. Cuba luangkan masa pergi ke Kedai Buku yang menjual pelbagai jenis buku, novel serta majalah yang boleh kita beli untuk koleksi kita dirumah. Kalau boleh, luangkan sedikit masa untuk membaca novel yang digemari. Cara pembacaan terpulang pada individu itu sendiri sama ada nak membaca nyer 5 bab dalam sehari, atau 10 bab dalam sehari..terpulang pada individu. Cuba hayati cerita yang dibaca..ia akan membuat kita rasa seronok setelah dari satu bab ke satu bab yang lain kita baca. Jadi semangat membaca itu akan datang dengan sendiri nya. Dulu zam pun malas nak membaca, tapi setelah zam beli sebuah novel, zam cuba aturkan jadual bacaan. Biasa nyer, zam akan baca novel hanya pada hari Sabtu & Ahad. Kalau hari lain, zam akan baca 2-3 bab jer..tapi "priority" zam akan baca pada hujung minggu jer.

Pada pendapat zam, zam ikut kata pepatah ni, HENDAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH...kalau kita nak membaca, mesti kita buat sesuatu..betul tak!!!..Zam juga perasan, di kedai buku mahal seperti KINOKUNIYA dan juga MPH, tidak ramai yang gemar untuk berkunjung atau masuk ke kedai tersebut. Yang zam perasan, dia orang hanya masuk membeli alat tulis, majalah2 hiburan serta komik. Jarang sekali nampak orang kita (orang melayu) membeli novel untuk membacanyer. Bukan nak kutuk bangsa sendiri tapi ni lah hakikatnyer...kita hanya nak baca pada yang ada gossip, cerita tentang artis handsome ni, artis chantik tu, artis ni buat hal yang ni, artis ni buat hal yang tu...kalau yang tu, cepat jer mata kita ni baca kannnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!

Bukan nak menyokong budaya barat tapi dia orang dari dulu telah dipupuk untuk membaca. Tu sebab penulis2 novel dia orang boleh survive sebab pasaran jualan untuk novel amat tinggi. Sebab apa???..Sebab masyarakat dia orang suka membaca.Saranan kerajaan juga banyak telah dilaksanakan seperti minggu perpustakaan di sekolah serta peringkat universiti. Tapi, kekadang, buku2 yang diperuntukkan untuk disimpan di perpustakaan tersebut hilang entah kemana...A BIG QUESTION MARK there...hurrmm..adakah ia telah dicuri atau pentadbiran tak begitu ketat?

Budaya malas membaca ni perlu dikikis dari diri masyarakat Malaysia ni, kalau tidak macam mana kita nak mencapai objektif diri serta negara. Kita perlu ada masyarakat yang boleh berfikir, memberi idea (yang bernas dan logik), berfikiran secara terbuka (bukan terlalu terbuka kerana setiap ugama ada batasan hidupnyer) dan progresif serta ada budaya bersaing. Bukan hanya sekadar complain orang ni, complain orang tu, orang tu tak chantek, orang tu tak handsome. Zam nampak and perasan, budaya kita ni dah tersogok dengan benda2 cantik dan perfect. Bila tak perfect, maka complain menimbun lah jawapan nyer. Pandai complain tapi otak bodoh dan tak boleh berfikir. Tahu complain jer....Kalau negeri orang lain maju, jangan jealous plak....kalau sesuatu kaum itu maju, jangan jealous plak...dan janganlah kita pula cemburu dengan sekaum kita hanya kerana mereka berjaya...mereka yang berjaya itu adalah dari hasil titik peluh mereka....

Jadi penilaian yang sebaik2 nyer adalah lebih baik kita "membaca" serta "mencerminkan" diri kita sebelum kita menuding jari ke orang lain. Eh! Merepek plak aku ni....tapi zam raser, membaca adalah budaya yang sihat, yang mengajar kita lebih berilmu, peka dan berinformasi dalam sesuatu hal atau bidang (bukan seks atau sebagai atau yang sewaktu dengannyer)....Sesetengah orang dia bangga dia mempunyai "ilmu seks" yang tinggi..tapi bagi zam, itu tak penting. Putar belit, benda tu macam tu jugak....

Pupuklah semangat membaca dikalangan kita mahupun anak2 kita kerana tanpa membaca atau pengetahuan atau pendidikan yang sempurna, kita akan jadi KOSONG hidup didunia ni.

Sekian.

As Salam semua... Jom Lunch

2 comments:

  1. wow...i like. you read a lot, surf a lot too. susah cari anak muda macam u. selalunya lepak tak tentu arah. keep it up, bro.

    ReplyDelete
  2. kak gee : thanks kak....mmuahh luv you. Zam suka membaca kak gee...nak jadi macam kak gee lah...nak menulis..

    ReplyDelete