Sunday, January 30, 2011

Selamat Petang Dan Hujan

As Salam semua. Salam sejahtera dan selamat petang semua. Diharap semua berada didalam keadaan sihat wal'afiat yer. Insya Allah , Allah melindungi umat yang mengingati nyer. Zam baru jer lepas minum petang kat Nyonya Corner ni. Maklumlah, hujan hujan macam ni, perut mudah lapar. Alhamdulillah diatas rezeki yang Allah bagi/beri. Sentiasa bersyukur ke hadrat illahi kerana negara kita tak der perang, konflik dan juga masalah kebuluran. Cuma, ada segelintir masyarakat yang masih hidup dalam keadaan daif dan perlukan perhatian rakyat dan kerajaan serta kebajikan masyarakat. Ok, hari ni emak masak sup ikan , goreng berlada tempe dan sayur campur. Hari ni pun mak macam tak der mood nak masak sebab hujan kata nyer. Mak jugak ada masak Bubur Keledek..Ini favourite zam...love it..


Bubur Keledek

 Sejuk! Kesian mak....Untuk menambah lauk, abah pergi beli lauk ayam tandoori and ayam masak madu kat Restoran Deen di Medan Idaman, Batu 5, Jalan Gombak...

Sup Ikan Merah


Goreng Berlada Tempe

Setelah menikmati makan tengahari dengan kedua ibu bapa ku (walaupun dalam keadaan yang begitu sejuk kerana hujan tak berhenti2 dari pagi tadi), zam pun mandi, sembahyang dan bersiap gi KLCC. Mesti orang tanyer, apalah yang dibuat oleh zam ni..asyik2 KLCC kan...zam memang suka gi sana sebab ada beberapa sebab. Antara sebab nyer, dekat dengan rumah, and then  barang2 yang zam nak semua ada disitu dan semuanyer memenuhi citarasa zam..hehehehe...Setelah penat round and round (ada barang yang zam nak beli dan akan datang semula ke KLCC pada esok kerana orang yang handle zam tu cuti)..so esok kena gi KLCC lagi....kalau lantai KLCC tu boleh bercakap, mesti dia cakap ASYIK ASYIK TAPAK KAKI KAU JER YANG PIJAK BADAN AKU...huhuhuhuhu...

Berbalik pada cuaca pada hari ni memang menyejukkan...mana tak nyer, hujan dari pagi tadi hinggalah membawa ke petang ni. Sampaikan di Johor banjir dan menjejaskan proses mengundi. Kesian tengok orang yang rumah mereka dinaiki air bah..sedih plak..bayangkan, kerusi, perabot lain habis basah....cuba kita ganti tempat dia orang..apa perasaan kita???..kesian kannnn...moga2 banjir di sesetengah tempat di Johor tu surut lah hendaknyer..Insya Allah... Kalau nak ikutkan zam memang tak suka hujan. Zam suka matahari..langit biru..tapi bak kata pepatah, bumi mana yang tak ditimpa hujan..kalau boleh, biarlah panas...aktiviti manusia pun boleh dikatakan menjadi lebih senang sikit. Ini kalau hujan, susah sikit nak bergerak. Lagi pun hujan ni membuat kan kita jadi malassssssss......Apa2 pun zam bersyukur sebab masih bernyawa untuk menikmati keindahan dunia yang Allah ciptakan untuk umat2 nyer..syukur Alhamdulillah...tiada yang lebih baik dari sentiasa bersyukur terhadap NYA yang satu....Kat Cafe Avenue K ni, orang tak berapa ramai, mungkin orang banyak bertumpu di KLCC...

Saturday, January 29, 2011

Hari Yang Bergelar SABTU

As Salam semua dan salam sejahtera. Dah makan malam ker? Soalan apa lah zam tanya kan..dah pukul 10.00 malam pun, nak makan malam apa..hehehehe..dah "supper" gitew. Zam baru jer balik dari KLCC. Pergi kesana sebab beli barang2 keperluan diri kat GUARDIAN Pharmacy. Syampu, Body Spray, Shaver, Shower Gel, Facial Cleanser dan Shower Gel. Haiishhhh! Semua memang zam beli tiap tiap bulan. Zam memang particular tentang penjagaan diri. Di KLCC tadi, punyerlah ramai nyer orang membeli belah..yerlah, orang dah dapat gaji..BULAN tgh MUDA bak kata orang....cuba tengah bulan, kalau boleh, jarum peniti jatuh pun boleh dengar kat KLCC ni..hehehehehe..apa apa pun elok jugak kita sebagai pengguna ni berbelanja kerana ianyer menolong ekonomi berganjak kedepan sikit dalam sektor perbelanjaan pengguna. Eh! Zam tak nak cakap pasal Ilmu Ekonomi...merepek betul aku ni. Setelah masuk dan pilih barang2 kat Guardian, zam bayar dan beredar. Kemudian zam masuk pulak kat MARK & SPENCER. Bukan nak menunjuk2 , tapi zam suka dia orang nyer COCONUT MILK Shower Gel and of course BODY Scrub. Sebelum ni zam pakai BODY SHOP, tapi sesekali nak try jugak produk British ni..huhuhuhu....tengah pilih barang2 yang nak dibeli, mak tersayang telipon, dia cakap jangan bazir2 kan duit, maka zam iya kan cakapnyer dan bersetuju. Jadilah pengguna yang bijak berbelanja. Frankly, my mother is my Financial Controller..hehehehe..zam memang boros sikit...ok, lepas tu dah bayar, zam beredar dan pergi ke kedai buku yang zam paling minati iaitu KINOKUNIYA. Kat sana, zam beli novel terbaru STEPHEN KING, baru tak baru lah, last year nyer...and beli beberapa fancy stationeries like pen, note book and some colourful files...huhuhuhu..zam memang "gila" kalau masuk kedai buku KINOKUNIYA ni..kalau boleh , nak borong semua dalam kedai tu...huhuhuhu...tengah pilih and tengok novel yang hendak dibeli, zam disapa oleh seorang lelaki ..mula2 zam tak kenal....setelah dia memperkenalkan diri, rupa-rupa nyer kawan satu sekolah menengah...berbeza sungguh kalau orang yang dah kahwin dengan orang yang belum kahwin ni kan....dia BOROI and I am not...huhuhuhu...face the facts ok...and then dia a bit chubby..oooopssssss...maka berbual lah zam dengan dia sampai isteri dia datang menghampiri tempat kita orang berbual...dia ajak gi minum tapi zam cakap tak boleh sebab nak catch up a few things..kami bertukar no hp...huhuhuhu...(dalam hati baru ada anak sorang dah boroi kawan ku ini..jagalah badan tu..ooopssssss..laser pulak aku ni)..

Setelah tu zam gi bayar kat kaunter dan beredar...langkah demi langkah sehingga meninggalkan hiruk pikuk manusia dan zam sampai di stesen LRT KLCC dan terus ke tempat kegemaran zam kat Avenue K dan singgah minumdan makan bubur ayam. Bubur ayam NYONYA CORNER ni sedap sangat...dah order, zam pun buka LAPPY (netbook - CUTIE Samsung) zam and layan FB and chatting jap...setelah lebih kurang 1 1/2 jam lepak disitu, zam balik. Hari hujan rupa nyer tadi...disebabkan banyak barang nak dijinjing, maka dengan lantas tangan ni melambai teksi dan beredar meninggal kan bangunan Avenue K tadi...sampai rumah jer rumah, mak tengah berbual dengan makcik mulut becok sebelah rumah.. Makcik tu berkata : HAR, KAU BARU BALIK..BANYAK KO SHOPPING?.BOLEH LAH BELANJA MAKCIK?..dalam hati ku berkata, makcik ni tak habis2 suruh belanja dia makan...huhuhuhu..lalu zam membalas kata kata nyer itu : MAKCIK LIN, KITA PERGI LAIN KALI YER, KITA PERGI DENGAN MAK.. lantas ku masuk ke dalam bilik ku dan berehat dan menukar baju untuk mandi. Penattttttttttttttttt! Itulah perasaan yang bermain difikiran zam tadi. Sebut pasal penat , mak hari ni dia tak masak tengahari ni, zam order DOMINO'S Pizza..huhuhu..ayah ader jemputan UMNO..entah gi mana tah dia..jadi makan lah PIZZA dengan mak..dah petang baru mak masak...ni pun macam dah kenyang jer sebab baru jer makan bubur ayam kat Avenue K tadi dalam kul 6.45pm tadi......alamat memang tak makan lah zam..nak buat MILO jer jap lagi. Hari ni CEREKERAMA tak berapa sedap lah...Ingatkan drama lakonan pelakon kegemaran zam ELLIE SURIATI bertajuk BIARLAH AKU MENANGIS..ruper2 nyer delay ...zam akan tunggu cerita tu....




Har! Sebelum zam lupa, jangan lupa saksikan cerita seram kat TV3 malam ni kul 12.30am bertajuk SHROOM (cerita Inggeris)...bessttttttttttttt! zam suka cerita horror...yesszaaaaaaaaaa...apa apa pun zam ucapkan pada semua SELAMAT BERHUJUNG MINGGU. Jangan libatkan diri dengan maksiat maklumlah hari sabtu..banyak perkara yang betul boleh kita terjebak...ingat, ALLAH sentiasa memerhatikan kita. Jangan Merempit..berlumba haram. Pihak Polis sentiasa buat sekatan jalan raya pada malam minggu macam ni...Tahniah PDRM...teruskan sekatan anda. Banyak sangat anak melayu terjebak dengan gejala rempit ni...entah bila nak hilang budaya rempit ni...hurrmmm! entahlah....OK..selamat malam semua..As Salam..Enjoy your Saturday....owhhh..zam nak buat kopi and makan Oat Crunch and Vanilla Fudge yang zam beli kat Mark & Spencer tadi............:)

Friday, January 28, 2011

Kopi

As Salam semua. Dah tidur ker? La, apasal nak tidur plak...kan esok cuti..hehehehe..gurau jer..bagi yang kerja esok, selamat bekerja ok. Kerja tu satu ibadah kan dan juga sumber rezeki untuk kita. Ok, setelah sekian penat bekerja, kita akan balik rumah, mandi, makan and then tengok TV or baca newspaper. Sesetengah orang pasti nak minum sesuatu sambil menonton TV kan? Betul tak?..kalau tak betul tu, nampak benar menipu..tu yang dok lepak kat mamak tu , kau minum apa ek..Teh Tarik???..har, minum jugak kan...Dalam banyak banyak jenis minuman, zam paling suka minum kopi. Tak tahulah dari dulu lagi, memang suka minum kopi. Memang fanatik dengan kopi ni. Aroma nyer...uuurrrmmmmm! Peerrrgghhhh! Sedap siot!

Zam ada terbaca dalam salah satu artikel tentang asal usul kopi ni. Ok, kopi dijumpai oleh para penternak kambing di Ethiopia 1100 sebelum masehi. Kemudian ia merebak popularitinyer hinggalah sampai ke Italy pada tahun 1600 seterusnyer sampai di Australia pada tahun 1788 dan merebak ke pelusuk dunia. Sekarang, ia menjadi minuman yang paling popular dikalangan penduduk dunia. Ada 5 jenis kopi yang popular pada masa kini. Ianya adalah :
1) Espresso
2) Latte
3) Mocha
4) Capuccino
5) Macchiato

Kesemua2 jenis kopi tadi mempunyai daya rasa yang berlainan mengikut citarasa masing2. Zam suka latte, mocha and Macchiato...semua nyer ader kat STARBUCK..yes, zam nyer favourite cafe...hehehehe
Ada separuh orang tak suka minum kopi dengan menyatakan senang dapat darah tinggi lah, senang dapat gastriklah, tak elok untuk paru2 dan sebagainyer. Aku dah minum nak dekat 20 tahun, tak mati pun...itu semua mulut puaka punyer gossip semata2...arrgghh! malas aku nak layan. Zam ada juga buat "research" tentang kebaikan minum kopi ni. Kebaikan nyer adalah...jeng jeng jeng......tgklah senarai kebaikan dibawah ni :
a) Kopi mengandungi anti-oksidan yang tinggi yang boleh melawan penyakit KANSER dan penyakit JANTUNG
b) Penyelidikan juga telah dilakukan oleh saintis barat bahawa dengan mengambil/minum kopi dengan tahap yang normal secara tidak langsung akan mengurangkan malah menjauhkan kita dari mendapat penyakit PARKINSON (80% peluang mendapat penyakit ni dikurangkan)
c) Dengan meminum 2 cawan kopi sehari, ianyer dapat mengelakkan mendapat penyakit kanser USUS sebanyak 25% dan mengurangkan 50% dari mendapat penyakit batu karang dihempedu
d)Terdapat juga bukti dari hasil kajian saintis menyatakan bahawa kopi dapat mengelakkan dari mendapat penyakit ASTHMA, menghentikan penyakit kepala, meningkatkan MOOD seseorang dan menghalang kaviti dari terjadi
e) Kopi DECAFF juga mempunyai "tugas" yang sama dengan kopi biasa.

Bagi zam, minum kopi pada tahap yang boleh dikawal tak salah..zam minum 3 cawan kopi sehari..iaitu, pagi, petang dan malam...separuh orang kalau minum kopi pada waktu malam , tak dapat tidur. zam ok jer...kalau dah mengantuk, membuta juga zam..huhuhuhu.. UNFAZED dengan kopi dah...ahahahahhaa.. Jadi kopi merupakan minuman wajib bagi zam ...I can conclude by saying I LOVE COFFEE...or I AM A COFFEE LOVER

Bercuti

As Salam semua. Selamat petang. Zam lepak ni di Avenue K dengan kawan..hehehehe..What do you expect? I kan masih bujang trang tang tang lagik..so lepaklah jawapan nyer..huhuhu..Zam baru jer makan bubur nasi ayam plus lobak masin..sedap sangat..panas2 lagi tu..Cuaca diluar sana agak mendung...kalau ada matahari sikit baru lah cantik kan...boleh gi jogging..(dalam hati macam lah larat nak berjogging..sedangkan gi berlari kat TREADMILL pun bagai nak mampus termengah-mengah..ahahahaahaha)..Hari ni Jumaat, lepas kerja..banyak orang lepak kat Starbuck, Coffee Bean, The Apartment dan macam2 lagi..sebut jer cafe apa yang VOGUE DE VASS, tentu meletup penuh..tapi bagi zam, yang best lepak kat THE APARTMENT or Coffee Bean...entahlah, zam suka lepak tempat ni. Customer/pelanggan nyer pun tak busy body..busy body? yerlah, kita duduk, semua mata memandang kat kita..apa yang kita buat, semua diperhati kan..isshhh! Langsung tak der "privacy" langsung...I don't Like....chewwahhhhh!..Tapi zam terlupa, kita duduk di Malaysia..oopssss....

Yang paling tenang sekali, zam suka lepak kat Nyonya Corner kat Avenue K ni. Lagi aman damai..customer kat cafe ni memang tak ramai, tu sebab zam suka lepak sini. WI-FI nyer pun laju. Macam Starbuck (bukan nak condemn)..memang slow WI-FI nyer...Sorry Starbuck BUT I am still your No.1 Fans..huhuhuhu..it's just the matter of your WI-FI service..very the "siput"...

Berbalik kepada tajuk kita bercuti. Hurrm! Zam dah start cuti untuk tahun baru cina ni. Mula-mula bos nak bagi cuti mengikut tarikh calendar, tapi disebabkan ramai kakak2 and abang2 yang nak balik kampung di tempat kerja ku, so masa staff meeting hari tu, semua suggest untuk closed the office starting from 31st January 2011 till 6th February 2011...apa lagi, macam orang mengantuk disorongkan bantal..semua setuju.. disebabkan semua setuju, maka bos bos besar pun approve..yehhhaaaaaaa...yessszaaa...dapat pun cuti lama kan...hehehe..tapi zam belum lagi plan nak pergi mana2 lagi..entahlah, silap2 zam tak pergi mana2..duduk jer kat rumah, tak pun pergi GYM and SWIMMING at my sister house...kawan ada call, dia ajak nak pergi Melaka, tapi macam takut plak nak travel jauh2 ni..teringat plak kemalangan bas yang membabitkan ramai kenderaan dan kematian kat highway hari tu..eeee...Audzubillah! Nak mati mana2..tapi zam biarlah meninggal/bertemu ajal disebabkan sakit...hanya ALLAH yang tahu...Zam rasa macam nak round around town cuti ni..nak gi Pavillion, nak tangkap gambar dekorasi dalaman nyer...tanglung dan bunga2 merah memang cantik ..dekorasi untuk Chinese New Year 2011...merah menyala semua nyer..cakap pasal merah, masa balik dari sembahyang jumaat tadi, sempat singgah kat THE WELD ,beli T-Shirt merah..huhuhu..khas untuk pakai bila nak gi open house YTL Group nanti kat J W Marriott..hehehehe...

Sekarang ni (pada masa menaip ni), zam perasan ramai orang dah gi shopping untuk chinese new year..yerlah macam kita jugak nak RAYA..kita lagi teruk kan..belum puasa, ada yang dah pasang lagu RAYA..har! macam mana tu..ahahahahahahaha...yang shopping pun bukan kaum cina jer, kaum melayu pun nampaknyer lagi lebih...yerlah, ambil kesempatan dengan Chinese New Year nyer SALES...termasuk lah zam..kakakakakaakakakakaakakakakaa...yer, memang murah baju, seluar mahupun kasut. RENOMA, CAMEL, ZARA, MASSIMO DUTTI, semua favourite zam..tadi dah gi survey dah...huhuhuhu..siap kau yer baju baju, seluar seluar and tshirt tshirt....akakakakakkaka...tapi jangan boros yer. Kita perlu belanja sekadar yang mampu...pembaziran itu satu sifat iblis...dan BERBELANJALAH ATAS KEMAMPUAN SENDIRI...Ukur tepi kain kita, jangan ukur tepi kain orang..kalau kita ukur tepi kain orang, habis lah kita rabak...gaji rm5,000 pun tak cukup....huhuhuu

Bila dah diberi cuti ni, macam tak tahu nak buat apa, tapi dalam fikiran dah senarai kan aktiviti yang akan zam buat..aktiviti2 yang sihat yer...bukan aktiviti yang kurang sihat....kalau boleh zam nak gi tepi laut lah..dah lama sangat tak pergi tepi laut. Teringat zam pada lagu kumpulan FEMININ yang berbunyi ANGIN BAYU, MEMBAWA DIRIKU...ok stop! itu jer lirik yang zam tahu..ahahahaaha..lagu pada zaman remaja dulu dulu...ok, pada yang bercuti panjang tu, zam ucapkan selamat bercuti. Pandu cermat, ingat orang yang tersayang dan berhati2 lah dijalan raya ketika memandu...Berbelanjalah dengan berhemah yer...jangan ikutkan nafsu..hehehehehe (sambil menuding jari jugak ni)

Nak ucap KONG HEE FATT CHOY, terlalu awal..jadi next week jer lah ucap...

Salam Sejahtera semua....selamat berhujung minggu bersama orang2 yang tersayang....

As Sallam......SENYUM ITU SATU SEDEKAH

Petang Khamis, Malam Jumaat

As Salam dan salam sejahtera semua. Semua dah tidur ker? Kalau belum tidur, zam nak share satu cerita yang benar berlaku pada suatu ketika dulu. Terima Kasih diucapkan pada my dearest sister, Kak Fauziah Abd Samad (Kak gee) sebab membangkit kan cerita cerita yang menyeramkan..heheheheh.. Cakap pasal hantu, iblis, setan atau jin, mereka memang wujud cuma kita tak nampak makhluk lakhnat tu. Cerita yang zam nak share dengan you all semua mengenai pengalaman ternampak hantu/iblis/jin...

Pengalaman pertama berlaku waktu zam berumur dalam linkungan 7 tahun..sampai sekarang zam ingat lagi peristiwa tu. Masa tu arwah abang (Mohd Amir) hidup lagi..zam tidur satu bilik dengan dia. Pintu bilik masa tu tak der sebab rumah kita orang tak seberapa besar masa tu. Bila waktu malam and nak tidur, mak dan ayah akan padam kan semua lampu dan pasang pelita. Pelita tu mak akan letak atas bangku betul2 kat ruang dapur. Bilik kami berdua (zam dan arwah abang) memang betul2 dekat dengan dapur. Bilik kakak kat depan. Dia tidur seorang sebab dia adalah anak dara kesayangan mak. Malam tu, mata zam memang tak boleh tidur sebab terlampau fanatik dengan permainan NINTENDO (Game & Watch). Permainan ni memang popular pada zaman awal tahun 80-an. So semua orang dah tidur, abang tak pakai kelambu bila tidur, tapi zam, mak pasangkan kelambu. Dalam mata yang terkebil2 ni, zam perasan macam ader orang lalu kat dapur (alamak tegak bulu roma zam sekarang ni)..Jadi zam duduk dalam kelambu dan melihat apa yang terjadi. Alangkah terperanjat nyer, zam terlihat lembaga berambut panjang mengurai berjalan perlahan lalu didepan bilik kita orang...zam terus baring masa tu. Nak jerit nanti, takut abah marah, sebab abah tak suka zam terjerit2 panggil mak. Zam memang anak manja masa kecil. Jadi zam diam jerlah. Keesokan hari nyer, zam cerita dengan mak..jadi mak macam antara percaya dengan tak percaya jer. Tapi, itulah pengalaman  pertama zam nampak benda "lakhnat" tu. Rambut dia panjang sangat..muka tak nampak, tapi jalan dia memang macam bukan manusia...yer lah iblis ...

Ok, pengalaman kedua, zam nampak betul2 depan mata zam jarak dalam 50 meter lah..tapi bagi zam mengerunkan jugak lah. Zam dulu memang suka pergi tgk LIVE BAND dengan kawan2. Zam tak suka disko, sebab kalau nak berdsiko ni , baik disko dirumah. Tak reti nak menari depan orang ramai..hehehehe..ok...Lepas habis LIVE BAND, zam pergilah lepak mamak kat Jalan Doraisamy..masa tu DORAISAMY popular..kat selekoh Wilayah Complex. Tengok jam, dah nak pukul 3.00 pagi...zam menyapa kawan zam, sambil berkata : HELLO, ni dah lambat ni. Mati kau kena marah dengan mak aku nanti. Dah lah sebelum ni aku pernah kena terajang dengan abah aku...so, kawan pun bersetuju untuk beredar dari gerai tempat kita orang lepak tu. Bila sampai kat rumah zam, lalu lah lorong kat Jalan Gombak rumah zam ni...rumah zam tak jauh dari jalan besar (jalan raya)...so bila kawan zam dah beredar, zam pun buka lah gate rumah...lampu jalan ader dipasang di lorong tempat zam tinggal, so boleh kata nampak lah jalan dari rumah zam hingga ke penghujung rumah jiran yang lain disana...mata ni memang jahat betul..masa nak tutup gate rumah , zam terpandang hujung jalan disana....sebelum tu zam dah dengar macam bunyi sampah tergesel kat jalan tar...macam bunyi daun kering tergesel kat jalan tar...bila terdengar bunyi sampah tu tergesel , zam menoleh lah ke arah mana datang nyer bunyi tu...tu dia...perempuan rambut panjang berjela pakai baju putih..muka tak nampak..berjalan dan macam terawang2...mengucap panjang zam...Allah sajer yang tahu bagaiman perasaan zam masa tu...apa lagi, bagai nak rak lah buka pintu rumah...bila tgh buka pintu rumah dari luar...........jeng jeng jeng...hehehehehehe..sajer bagi suspen...bila tgh buka pintu , buka jer pintu, terperanjat besar zam, mak bangun dan menerpa kepada zam. Terperanjat BERUUKKKK zam masa tu. Ingat mak dah tidur. Ruper2 nyer, dia dengar hempasan pintu kereta tadi...mak pun bising lah sebab dah nak dekat kul 4.00 pagi baru balik...dia pun start lah pot pet pot pet dia...hehehehe...Dalam tengahari macam tu, baru zam cerita dengan mak apa yang berlaku....Itulah pengalaman zam...pengalaman seram ...Tapi jadi tanda tanya, apalah yang "perempuan" tu cari ek???..mak cakap, pontianak ni dia macam mencari sesuatu...entahlah..iblis lakhnat ni memang suka menganggu manusia.. Apa apa pun, jangan mudah tak percaya wujudnyer benda2 halus macam tu...kita kena ingat, iblis dan syaitan tu akan senantiasa menganggu umat Allah dan menyesat kan kita semua....

Malam ni, malam Jumaat kan....so berhati2 lah...banyak kan membaca ayat2 suci Al-Quran..insya allah, Allah melindungi kita...

Ok, zam nak minum kopi and nak makan biskut JACOB's...

Salam sejahtera semua...

Thursday, January 27, 2011

Kawan

As Salam semua...Good evening...Zam masih di Avenue K, Jalan Ampang bersama kawan2 yang setia. Kawan dan sahabat? Sama makna ker? Bagi zam, kalau kita berkawan, kita perlu cari kawan yang mampu bersusah payah dengan kita. Sekarang ni, banyak jenis kawan. Kawan makan kawan, kawan suka tikam kawan, kawan suka iri hati, cemburu dan sebagainyer. Yang paling takut sekali, kawan yang bergelar "musuh dalam selimut"..Ini lah yang paling zam takut sekali. Apa2 pun, zam berserah dengan Allah dan kalau boleh zam nak "filter" dan zam nak berkawan dengan orang yang boleh menerima zam seada nyer..Yang paling penting ikhlas untuk berkawan dan jangan ambil peluang sesama sendiri. Respect each other..tu yang paling penting. Zam tak suka orang hipokrit dalam segala hal...Audzubillah! Janganlah zam dapat kawan macam ni..dan sekiranyer ader, minta dengan Allah moga moga bagi zam cepat sedar... Zam juga tak suka dengan orang yang nak kawan dengan zam, hanya untuk HU HA HU HA jer...(kawan untuk ketawa jer)..itu pun bahaya jugak...Apa2 pun, cuba kita hayati lagu ini yang bertajuk THAT'S WHAT FRIENDS ARE FOR nyanyian Dionne Warwick and Friends....Lagu ni zam suka sangat....Jom kita hayati...http://www.youtube.com/watch?v=ec-r17l_Blg

Meeting

As Salam Semua dan selamat tengahari. Good afternoon scott and kendra in US..

Zam baru jer habis meeting. Meeting pasal strategi syarikat tentang projek2 yang bakal dilaksanakan pada tahun 2011. Hurrmm! Bertambah banyak and sibuk lah kau wahai Eizam Merican oooiiiiiii...tapi tak apa, kerja tu satu ibadah.. Cuma yang tak puas hati, sesetengah tugas telah di"transfer" kan ke bahu ku..hurrmm! I take it as a challenge. To me, life will be bored if there is no changes in our life, so I took it in a positive way. Dalam masa meeting, biaserlah, ada segelintir pihak menuding jari dan menyatakan aku ni "anak emas" bos..mana tak zam tak mengamuk...cuba persoalkan apa yang dimaksudkan tapi dia enggan mengulas. So zam boleh conclude dia "jealous" dengan zam. Dalam kerja, zam tak suka nak main2 and kena fikir, kita kerja kat dalam syarikat swasta...perlu sentiasa agresif dan bergerak maju kehadapan. Bukan duduk dan tunggu apa yang akan terjadi. Tu lah, zam bukan nak condemn orang Asia, kalau tgk orang lain maju and progress, dah mula iri hati/cemburu/dengki..hurrmm! entahlah, rezeki ini Allah yang bagi. Naik gaji dan dapat bonus, itu semua pihak pengurusan yang tentukan. Tiada sebarang persoalan kerana jangan anggap, bos2 tidak memerhatikan tingkah laku kita...we have to work smart and play hard. Zam tak mix pleasure with work..but dikalangan kita (especially orang melayu) suka buat kerja sambil lewa..zam bukan orang macam tu..lucky , fikiran zam tak macam tu. Alhamdulillah!

Entahlah, at the end of the day, pihak pengurusan akan tahu siapa yang buat kerja, siapa yang perform, siapa yang bring business in and siapa yang batu api, siapa kaki bodek, siapa suka bergosip, siapa suka menipu, siapa suka curi tulang and macam2 lagi. Apa2 pun, zam bersyukur kerana dapat menggunakan "talent" zam as a researcher and doing my auditing work in a proper way. Biasa nya, orang yang dengki/iri hati/jealous dengan kita akan rugi. Moga, orang yang mempunyai perasaan sedemikian terhadap zam akan mendapat hidayah dari Allah. Tapi hairan, orang yang berperangai seperti ini, biasernya orang nyer kuat sembahyang. Bukan zam nak mempertikaikan amal ibadahnyer tapi apa yang zam selalu perhatikan memang macam tu. Kita sembahyang ni, niat kena betul, dalam hati tu kena bersih, ikhlas berkomunikasi dengan Allah...adakah dia orang sekadar sembahyang tonggang tonggek???????????.....hurrmmm! entahlah...

Apa2 pun, selamat menjamu selera semua...

JANGANLAH KAU CEMBURU SESAMA SENDIRI KERANA IA AKAN MERUGIKAN DIRIMU..IA JUGA AKAN MEMBUATKAN HATI SESEORANG LEBIH BUSUK DARI BANGKAI HIDUP DIDALAM DUNIA INI.....AUDZUBILLAH!

Wednesday, January 26, 2011

Bila Malam Semakin Sunyi

MALAM,
KAU HADIR SETIAP KALI MENTARI LARI KE PELUSUK LAIN
MENANDAKAN TERTUTUPNYER AKTIVITI SEHARIAN BAGI SEKALIAN UMAT
TERBUKA NYER AKTIVITI YANG TIDAK MENYENANGKAN
AKTIVITI YANG MENGUNDANG DOSA DAN NESTAPA


MALAM,
KU RASA KAN DINGIN SETIAP ANGIN BERINTERAKSI BERSAMA
DINGIN DENGAN HEMBUSAN ANGIN YANG LAGI MENYEJUKKAN
BERTAMBAH DINGIN SEKIRANYER HUJAN TURUT SERTA
KEDENGARAN PELBAGAI BUNYI SERANGGA TANAH YANG MERAYAP
UNTUK MEREKA BEBAS MENCARI MANGSA

MALAM,
SUNGGUH GELAP GELITA BILA BERLARUTAN
SUNYI MENGUNDANG SERTA SEPI TURUT SERTA
KERLIPAN DAN CAHAYA LAMPU DARI RUMAH KE RUMAH
MENERANGI SETIAP SUDUT DAN BENTUK YANG ADA

MALAM,
KU INGIN REHAT BERSAMA MU
BAWALAH DAKU MELAYANG BERSAMA MU
KERNA DIRI INI INGIN BEREHAT SEKETIKA
SEBELUM KEHIDUPAN YANG AKAN BERJUMPA
PABILA MENTARI KEMBALI BERTEMU

MALAM,
DAKAPLAH AKU, PELUKLAH AKU
KU INGIN LELAP KAN MATA , MEREHATKAN MINDA
YANG PASTI ESOK KAN KIAN TIBA
MENEMUI SUASANA YANG LEBIH CERIA
BERHARAP SESUATU YANG LEBIH BAIK KAN TIBA

MALAM OH MALAM
KU TIDAK AKAN SUNYI KERNA KU TAHU YANG MAHA ESA MEMERHATIKAN KU SELALU

GOOD NIGHT ALL......................
YA ALLAH YA TUHANKU, KAU JAUH KAN DIRI KU DARI SEGALA KEJAHATAN SERTA LINDUNGILAH HAMBAMU INI DARI ZINA, DOSA DAN JUGA NESTAPA... AMIN

Makan Malam

As Salam semua. Semua dah makan ker? Zam baru jer lepas makan nasi dengan berlauk kan sup ayam, sayur campur dan pecal. Hehehehehe...Biasa nyer malam , zam tak makan banyak sangat. Takut buncit...wah! Gitew...hehehehee...sekarang ni tgh menghadap lap top sambil menonton TV bersama ayah dan emak yang tercinta. Kakak masih kerja lagi...jap lagi dia balik lah tu. Biasa nyer malam, zam akan melayan berita and siaran favourite berita adalah TV3 (Buletin Utama)...memang zam sokong TV3 sampai bila2..sebab zam dibesarkan dengan menonton TV3 dari mula siaran iaitu dari tahun 1984 lagi....I am a big fans of TV3....

Lepas menonton apa yang disukai, zam akan chatting dengan teman2 dan lepas tu, jengok email sekejap..and then flip the newspaper, kot2 ader cerita menarik especially Harian Metro and KOSMO...meletup berita2 yang disiarkan...ahahahaahaha..selalunyer memang kontroversi jer berita dia orang cetak kan dalam surat khabar mereka. And then, mula lah zam "mengodek" hi-fi zam kat dalam bilik and pasang lagu yang diminati....yang tak minat buat apa nak dengar..huhuhuhu...sambil baring atas katil, zam cuba baca novel yang zam beli..dapat baca 4-6 bab cukuplah..then zam buat nota setiap bab...tentang apa yang diceritakan oleh novelis tersebut. Then dah layan novel dalam 40 minit, zam akan buat Black Coffee..zam suka kopi sebab kopi ni anti-kanser..telah terbukti ia adalah agen anti-kanser....zam memang suka kopi dari sekolah menengah lagi..orang cakap selalu minum kopi senang dapat darah tinggi, tapi insya allah, so far tak der..touch wood.....minta dijauhkan lah....that's why kita kena minum banyak air mineral sekurang2 nyer 3 liter sehari and bersenam kalau boleh....

Selepas penat melayan novel, jikalau mata mengantuk zam tidurlah..biaser nyer zam tidur dalam kul 1.00pagi..huhuhuhu..kecuali kalau dah terlampau penat, then tidur awal dalam kul 11.30pm..lebih kurang lah tu.....apa apa pun , itulah penghidupan seharian pada waktu malam..kalau kawan atau sepupu ajak keluar pergi lepak mamak, zam pergi jugak..tapi tengok mood jugak..kalau mood tak berapa elok, zam duk rumah and terperap dalam bilik jer dengar lagu/CD...

Nak layan TV jap....selamat beristirehat semua....esok mentari kan bersinar lagi dengan hari yang baru dengan semangat yang sentiasa baru dari hari ke hari...zam adalah optimist dalam segala hal. Perbanyakkan senyum kerana ianya dapat memudakan wajah kita dan mempraktikkan kehidupan positif senantiasa....

As Salam and Salam Sejahtera

Hijau



As Salam semua. Selamat petang. Dah minum petang ker semua? Zam dah minum petang, minum Nescafe Gold dan pisang goreng..hehehehehe...Ok, kalau kita berehat dirumah, apa yang anda laku kan???..macam zam suka dengar lagu/MP4...atau dengar HI-FI...tapi perkara yang zam paling suka adalah beristirehat di luar kawasan rumah sebab ayah ada banyak tanam pokok bunga. So kalau petang (terutamanyer hari Sabtu & Ahad), zam suka lepak kat luar rumah...ada "bench" boleh duduk. Zam akan baring kat buaian tu, and ON zam nyer MP4 dan buka buku novel zam....very relaxing. Zam suka dengan tumbuh2an dan alam sekitar. Bagi zam, kalau kita nak rileks, kita pandang benda jauh atau pandang benda2 yang berwarna hijau. Memang betul, kalau nak rileks, pandang lah benda2 hijau....memang menenangkan, merihatkan minda dan mata kita....Hijau adalah lambang "tenang" untuk diri zam....bukan CEMBURU yer....

TGI Friday




Pada hari minggu lepas, zam gi makan dengan kakak & mak kat T.G.I.F. - Wangsa Walk. Makanan kat sitew, semuanyer best best jugak tapi food presentation macam berbeza dari TGIF yang lain. Agak kurang memuaskan food presentation nyer. And then , service crews pun macam malas jer nak greet and layan. Mungkin dia orang penat kot, tapi kalau kita kerja dengan "service line", kita tak boleh tunjukkan emosi ataupun mimik muka kita sama ada penat, letih, sedih ataupun marah. Nampaknyer, Operation Manager dia orang kena train lagi crew-crew yang terlibat. Anyway, the food was nice and tasty. Love it.

Lunch Time

As Salam semua dan selamat petang semua. Dah lunch ker? Zam baru jer balik dari lunch. Tadi lunch kat THE WELD, Bangkok Express. Makanan  Thailand...makan nasi putih dan Tom Yam campur. Masa makan tadi, zam terkesima dengan gelagat seorang pelanggan yang berkunjung dan makan di restoran yang sama. Zam kalau bab makan ni, tak reti nak makan banyak2..mungkin dah kebiasaan kot makan hanya ala kadar jer. Adalah mamat ni, dia order Tom Yam campur and nasi...lepas makan nasi dan tom yam tu..dia order lagi satu menu iaitu Nasi Goreng Udang....so zam macam terkejut beruk pun ader, terkejut ular pun ada..kakakakakakakaka...tak pernah nampak orang makan sebegitu banyak..apa2 pun, itu hak dan wang ringgit dia. Siapa kah zam nak ambil peduli. Peduli pasal lah...tapi yang tak menyedapkan hati zam, kawan perempuan dia plak yang bayar. Adussssssss! Malu nyer zam raser sebagai seorang lelaki, perempuan plak yang belanja. Dah makan banyak2, perempuan atau orang lain plak yang makan banyak. Dah lepas makan, punyerlah tak der table manners, sendawa besar sampai dua tiga meja dari tempat duduk dia pun boleh dengar dia sendawa...ish! Ish! Ish! No Manners betul....Entahlah, tapi badan lelaki tu kecil jer..tapi makan Audzubillah! Ishh, zam tak nak mengata lagi..tapi tak sedap lah kalau PEREMPUAN plak yang bayar kan. Zam perhatikan, ramai lelaki (segelintir) sama ada bujang ataupun dah kahwin, mesti perempuan yang bayar makan..Kenapa ek?......eeeeeeeeeee...Apalah punyer lelaki macam ni...Girlfriends atau Bini plak yang bayarkan. Zam memang tak boleh accept budaya macam ni....Apa2 pun, zam senantiasa memerhati sandiwara manusia yang berwarna warni penuh dengan pelbagai watak .....

As Salam..........Selamat Petang and Salam Sejahtera...

SENYUM ITU ADALAH TANDA YANG BAIK BAHAWA ANDA MEMPUNYAI  MENTAL DAN FIKIRAN YANG POSITIF

Budaya Membaca

As Salam semua. Selamat Tengah hari. Hari nak lunch apa ek?..hehehehe..ok, tadi zam ada terbaca satu website dari US. Ia menyatakan bahawa budaya membaca perlu dipupuk dari peringkat tadika lagi. Zam memang amat bersetuju dengan kenyataan dalam website tersebut. Tapi yang menjadi tanda tanya zam sekarang, Di Malaysia, semangat membaca ataupun budaya membaca ini selalu di ketengahkan oleh pihak Kementerian dalam menangani masalah malas membaca dikalangan masyarakat kita semua. Bukan nak  "condemn" masyarakat kita tapi itulah hakikatnyer. Budaya malas membaca ni masih berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia sekarang ni. Tapi kalau benda benda yang berbentuk SEKS dan sebagai atau yang sewaktu dnegan nyer, sanggup membuntang kan mata untuk membaca serta melihat nyer dengan lebih dekat.

Bagi zam, semangat membaca ni perlu dipupuk dari rumah. Contohnyer, ada kan satu sudut perpustakaan dimana kita menyimpan segala jenis buku-buku ataupun majalah-majalah (bukan majalah lucah yer) untuk kita membaca. Sudut tersebut bukan hanya untuk kita malah untuk para tetamu yang hadir. Cuba luangkan masa pergi ke Kedai Buku yang menjual pelbagai jenis buku, novel serta majalah yang boleh kita beli untuk koleksi kita dirumah. Kalau boleh, luangkan sedikit masa untuk membaca novel yang digemari. Cara pembacaan terpulang pada individu itu sendiri sama ada nak membaca nyer 5 bab dalam sehari, atau 10 bab dalam sehari..terpulang pada individu. Cuba hayati cerita yang dibaca..ia akan membuat kita rasa seronok setelah dari satu bab ke satu bab yang lain kita baca. Jadi semangat membaca itu akan datang dengan sendiri nya. Dulu zam pun malas nak membaca, tapi setelah zam beli sebuah novel, zam cuba aturkan jadual bacaan. Biasa nyer, zam akan baca novel hanya pada hari Sabtu & Ahad. Kalau hari lain, zam akan baca 2-3 bab jer..tapi "priority" zam akan baca pada hujung minggu jer.

Pada pendapat zam, zam ikut kata pepatah ni, HENDAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH...kalau kita nak membaca, mesti kita buat sesuatu..betul tak!!!..Zam juga perasan, di kedai buku mahal seperti KINOKUNIYA dan juga MPH, tidak ramai yang gemar untuk berkunjung atau masuk ke kedai tersebut. Yang zam perasan, dia orang hanya masuk membeli alat tulis, majalah2 hiburan serta komik. Jarang sekali nampak orang kita (orang melayu) membeli novel untuk membacanyer. Bukan nak kutuk bangsa sendiri tapi ni lah hakikatnyer...kita hanya nak baca pada yang ada gossip, cerita tentang artis handsome ni, artis chantik tu, artis ni buat hal yang ni, artis ni buat hal yang tu...kalau yang tu, cepat jer mata kita ni baca kannnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!

Bukan nak menyokong budaya barat tapi dia orang dari dulu telah dipupuk untuk membaca. Tu sebab penulis2 novel dia orang boleh survive sebab pasaran jualan untuk novel amat tinggi. Sebab apa???..Sebab masyarakat dia orang suka membaca.Saranan kerajaan juga banyak telah dilaksanakan seperti minggu perpustakaan di sekolah serta peringkat universiti. Tapi, kekadang, buku2 yang diperuntukkan untuk disimpan di perpustakaan tersebut hilang entah kemana...A BIG QUESTION MARK there...hurrmm..adakah ia telah dicuri atau pentadbiran tak begitu ketat?

Budaya malas membaca ni perlu dikikis dari diri masyarakat Malaysia ni, kalau tidak macam mana kita nak mencapai objektif diri serta negara. Kita perlu ada masyarakat yang boleh berfikir, memberi idea (yang bernas dan logik), berfikiran secara terbuka (bukan terlalu terbuka kerana setiap ugama ada batasan hidupnyer) dan progresif serta ada budaya bersaing. Bukan hanya sekadar complain orang ni, complain orang tu, orang tu tak chantek, orang tu tak handsome. Zam nampak and perasan, budaya kita ni dah tersogok dengan benda2 cantik dan perfect. Bila tak perfect, maka complain menimbun lah jawapan nyer. Pandai complain tapi otak bodoh dan tak boleh berfikir. Tahu complain jer....Kalau negeri orang lain maju, jangan jealous plak....kalau sesuatu kaum itu maju, jangan jealous plak...dan janganlah kita pula cemburu dengan sekaum kita hanya kerana mereka berjaya...mereka yang berjaya itu adalah dari hasil titik peluh mereka....

Jadi penilaian yang sebaik2 nyer adalah lebih baik kita "membaca" serta "mencerminkan" diri kita sebelum kita menuding jari ke orang lain. Eh! Merepek plak aku ni....tapi zam raser, membaca adalah budaya yang sihat, yang mengajar kita lebih berilmu, peka dan berinformasi dalam sesuatu hal atau bidang (bukan seks atau sebagai atau yang sewaktu dengannyer)....Sesetengah orang dia bangga dia mempunyai "ilmu seks" yang tinggi..tapi bagi zam, itu tak penting. Putar belit, benda tu macam tu jugak....

Pupuklah semangat membaca dikalangan kita mahupun anak2 kita kerana tanpa membaca atau pengetahuan atau pendidikan yang sempurna, kita akan jadi KOSONG hidup didunia ni.

Sekian.

As Salam semua... Jom Lunch

Ke Tempat Kerja

As Salam semua. Selamat pagi, semoga semuanyer berada didalam keadaan sihat dan wal'afiat. Pagi ni zam bangun pukul 6.15am, gosok gigi dan mandi, lepas tu solat subuh. Mak masak kuey teow goreng. Rajin sungguh dia , pagi2 dah masak. Sayang dengan emak! Lepas sarapan, nak siap siap gi kerja. Setelah siap, zam pun keluar dari rumah dengan perasaan rasa bersyukur kerana diri ini masih boleh bekerja untuk memajukan diri sendiri dan membantu ayah & emak. Sambil menunggu bas di Bus Stop , aku ternampak seorang wanita dalam lingkungan 40-an menjerit secara tiba2. Bila diriku toleh, dia telah diragut oleh peragut yang menunggang motor. Dengan pantas peragut tersebut memecut. Semua orang yang sedang menunggu bas , semua nyer terkejut. Selepas beberapa minit kejadian itu berlaku, bas telah tiba. Maka peristiwa itu lalu begitu sajer. Aku hairan dengan dunia sekarang, terlampau banyak kejadian jenayah sejak kebelakangan ni. Adakah sebab banyak belia2 menganggur? Adakah banyak sangat belia2 ataupun remaja yang terlibat dengan dadah atau gangsterism? Seperti didalam surat khabar hari ni, perempuan seorang pekerja asing telah membunuh anak yang baru dilahirnyer dengan menikam bertubi2. Apakah tiada lagi sikap belas kasihan diantara manusia sesama manusia. Entahlah! Audzubillah! Janganlah ianyer terjadi pada diriku...apa apa pun aku bersyukur kerana diriku masih mempunyai keluarga, kawan serta sahabat yang baik baik semuanyer. Dan sekarang, aku selamat sampai diofis ku ini.

SELAMAT BEKERJA SEMUA......INSYA ALLAH, SEMUA NYER AKAN SELAMAT. POSITIF DALAM KEHIDUPAN MEMBAWA KEBAHAGIAAN.

Selamat Malam

Teringat diriku pada lagu Faizal Tahir..hehehehe..hurrmm, setiap channel telah ku jelajahi namun cerita nyer semua nyer tidak menepati raser ku. Ku melihat jam didinding telah masuk pada awal pagi 26hb Januari 2011. Suasana sunyi melanda ruang legar rumahku. Kedua ibu-bapaku telah hanyut dibuai mimpi. Suara TV semakin besar kedengaran walaupun tahap volume nyer rendah...TV telah ku padam kan. Detik jam diruang tamu kedengaran begitu kuat. "ESOK KERJA"..itulah ayat yang bermain diminda ku. Dalam hati berkata " Dah pukul 1.00 pagi rupernyer. Tidurlah...nak rehatkan minda.

MALAM, KAU MENYAPA BAGI SETIAP INSAN YANG INGINKAN REHAT
SEMAKIN LAMA KAU BERKUASA, SEMAKIN SENYAP SUASANA DIRASAI
MALAM, KAU BAWALAH AKU BEREHAT, BEREHAT SEKETIKA DARI AKTIVITI HARIAN HIDUPKU, ESOK KAN BERSINAR MENTARI MENGANTIKAN GELAP MALAM YANG GELITA, MAKA KU DAKAPMU HINGGA BERSINARNYA MENTARI BAGI MEMULAKAN KEHIDUPAN SEHARIAN YANG DIHARAPKAN LEBIH BAIK DARI SEMALAM....MALAM, PELUKLAH AKU, AGAR LENA DIDAKAP MIMIPI.

Selamat Malam semua.....YA ALLAH, KAU LINDUNGILAH HAMBA MU INI DARI GANGGUAN IBLIS DAN SYAITAN.

Muzik & Diriku

Hi semua. As Salam. Diharap semua belum tidur yer. Muzik???..Hurrm, telah menjadi satu teknik hiburan bagi diriku. Dari sekolah tadika lagi hinggalah sekarang, memang muzik lah mengisi ruang lapang ku. Dari album ABBA hingga ke MODERN TALKING, Madonna, Janet Jackson, Paula Abdul dan sebagai nyer. Semuanyer menghiburkan ku. Sama ada muzik tempatan atau antarabangsa, memang telinga ni nak dengar lagu jer. SONY Digital MP4 Player, itulah yang aku bawa ke hulu ke hilir. Itulah yang menghiburkan ku didalam bas , didalam LRT dan di dalam kereta..huhuhuhu... Muzik Oh Muzik...kau mengisi ruang legar hati ku selalu. Dari peperiksaan SRP, SPM hinggalah ke alam Universiti, muziklah menghindarkan diriku dari perasaan takut, gentar dan bosan...AKU Suka Muzik...