Sunday, February 6, 2011

Senantiasa

Wahai Orang yang ku puja
Adakah dikau mengingati ku
Kerana diri ini selalu mengingati kamu
Raut wajahmu, hidungmu, matamu
Ku puja senantiasa, selalu

Wahai Orang yang Ku Damba
Adakah dikau mengerti diriku menyukai mu
Ingin mendakap mu, ingin mendamba cintamu
Raut iras wajahmu, yang sentiasa difikiran ku

Wahai Orang yang ku puja
Adakah dikau ikhlas menyukai ku
Menyayangi ku
Kerna diri ini akan sentiasa memuja mu
Dari hujung rambutmu hingga ke hujung kakimu

Aku sayang akan kamu
Aku ingat kamu
Aku melakar wajah mu diminda dan hatiku

Namun aku takut, adakah dia juga berfikiran dan berperasaan seperti ku
Adakah dia ingin bertemu
Adakah dia benar-benar ikhlas
Atau dia sekadar menjaga hatiku dengan berkata dia suka pada ku jua

Harapan itu positif
Harapan itu cerah
Dan berharap serta mengharap dia muncul dihadapan ku nanti
Membawa senyuman menawan yang kuharapkan senantiasa, sentiasa
SENANTIASA
Dikau SENANTIASA dihatiku
Walau kau jauh dari sisiku

Salina - Part 5

Zali memberi salam lantas mematikan injin motor kap cai nya. Lantas dia menjijing satu beg plastik berisi ikan talapia dan menghulurkan bungkusan tersebut ke tangan Salina. Makcik Rodziah menyapa Zali dan mengajak masuk untuk menjamu selera makan bersama dengan keluarga yang lain. Zali dengan segan silu membuka selipar CROCS tiruan nya lantas terus bersalam dengan Haji Abas dan duduk sebelah nya. Makcik Rodziah menghulurkan pinggan kosong kepada Zali. Salina pergi ke rak dapur untuk mengambil gelas kosong dan terus menuang air sirap limau ke dalam gelas kosong tersebut lantas diberi kepada Zali. Latifah menghulur mangkuk cambung besar yang berisi nasi putih dan zali menyenduk nasi tersebut kedalam pinggan nya. Panas nasi ni dan wangi, dalam hati Zali berkata. Sedapnyer sambal tempoyak serta gulai petai Makcik Rodziah. Best nyer. Itulah ayat yang bermain difikiran Zali. "Hahh! Apalagi, ambil lauk Zali. Jangan malu-malu. Bukan rumah orang lain. Ambik lauk tu. Salina, hulur gulai petai tu kat Zali ni" kata Hj Abas.

"Entah Zali ni, malu pulak" tambah Salina. Dalam hati Salina berkata, handsome jugak kawan ku ini. Aku sebenarnya suka kat dia. Tapi aku takut untuk melafazkannya. Takut dia tidak mahu menerima cintaku. Aku tahu dia adalah kawan rapat ku sejak dari kecil lagi. Tapi sejak Tingkatan Tiga, diriku suka padanya. Yerlah, ingin bercinta dengan nya. Haruskah aku berterus terang dengannya. Harus kah aku? Haruskah!!!...Aku amat suka kepadanya. Tak apa! Tak apa! Biarlah aku menyimpan perasaan ini. Suatu hari akan ku umumkan pada nya. Itupun kalau dia sudi. Alangkah malunya aku kalau dia menolak cintaku ini.

"Salina! Salina! Wooi! Kau kat dunia mana" Salina disapa oleh Latifah. "Berkhayal pulak dia ni. Siang-siang buta dah berkhayal. Ishhh! Ko ni" tambah Latifah. Salina tersedar dari khayalan nya dan terus menjamah nasi serta lauk yang ada dalam pinggan nasinya itu. Zali dan Hj Abas tengah hebat berbual pasal peristiwa kerbau mengamuk. Kedengaran bunyi ketawa Hj Abas dan Zali begitu kuat. Sehingga memecah kesunyian rumah itu. Setelah habis makan tengah hari, Zali pun pulang dan menghidupkan injin kap cai nya. "Zali! Tunggu kejap!" jerit Salina. Zali bertanyakan sesuatu pada Salina dan Salina memberitahunya bahawa dia ingin ke pekan untuk menghantar bungkusan yang mengandungi kain ela untuk kawan nya, Yuni Ali di Kuala Lumpur. Yuni Ali adalah kawan sekolah rendahnya dahulu. Sekarang dia tengah belajar di Tingkatan 4, Sekolah Menengah Convent Bukit Nenas. Yuni ni amat pintar orangnya. Dia "power" bahasa inggeris. Ayahnya seorang peguam. Dulu dia tinggal dikampung ni dengan neneknya kerana mak & ayahnya menyambung belajar bidang kedoktoran di UK. Untuk mengurangkan kos, ibu-bapanya meninggalkannya dikampung dimana Salina bersekolah bersama-samanya sehingga darjah 4. Salina dan Yuni masih berhubung sehingga kini.  "Ok, besok pagi aku jemput kau dirumah." kata Zali dan terus beredar meninggalkan laman rumah Salina.

Setelah beberapa jam berlalu, mereka sekeluarga bersembahyang jemaah (solat maghrib) bersama dirumah. Tambahan pula hari khamis. Setelah selesai sembahyang, mereka sama-sama membaca ayat-ayat suci Al-Quran bersama. Petang tadi, Latifah dan Makcik Rodziah ada masak bubur pulut hitam. Mereka menjamah bubur tersebut setelah selesai solat Isya'. Mereka sekeluarga rancak berbual pasal arwah datuk Salina dan pelbagai kenangan lama. Latifah juga berbual pasal kehidupan sehariannya di kota serta pengalamannya sebagai tenaga pengajar kepada budak-budak lepasan kursus elektrik.

Setelah selesai, masing-masing rasa mengantuk. Jam menunjuk kan pukul 10.30 malam. "Eh, dah pukul 10.30 dah. Abang Long nak masuk tidurlah dulu. Kau berbual lah yer" kata Hj Abas sambil memetik api rokok dan beredar masuk ke bilik. Tangan Haji Abas terus menekan butang ON kipas tegak yang ada dihujung katilnya dan duduk di kerusi malas yang berada betul-betul disebelah katilnya. Makcik Rodziah menyusul masuk dan terus melabuhkan punggungnya keatas katil. Kedengaran bunyi spring. Bunyi spring katil.

"Kau nak dengar cerita tak" tanya Latifah kepada Salina. Muka Latifah penuh dengan bedak sejuk. "Cerita apa Mak Su?" tanya Salina. Dengan pantas, Latifah menutup pintu bilik dan terus duduk diatas katil. Salina juga menghampiri ibu saudaranya itu dan duduk berdekatan dengannya. "Cerita apa?" tanya Salina lagi.
"Ok, kau nak dengar sangat kan. Ok, hari ni hari apa?" tanya Latifah kepada Salina. "Khamis lah" jawab Salina dengan pantas. "Ok, dulu masa Mak Su belajar kat ITM dulu, adalah kawan Mak Su ni. Nama dia Zareena. Dia ni anak mamak Penang tau. Dia ni memang penakut orangnya. Kalau nak ke tandas, mesti minta tolong kawankan. Jadi suatu malam, masa tu Mak Su dengan dia jer tinggal kat dalam bilik asrama. Semua budak-budak lain pergi lepak kat Seksyen 2 Shah Alam. Masa tu dalam pukul 10.15 malam lah..Mak Su pun tak ingat. Dia nak ke tandas, dia minta Mak Su kawankan dia. Jadi Mak Su cakap, pergilah. Aku tengok kau dari sini. Dia cakap dia takut. Jadi Mak Su pun bangun dan pergi kawan kan dia. Jadi, dalam pada masa yang sama, ada orang ketuk pintu. Jadi Maksu bergegas ke pintu utama bilik asrama dan buka lah. Tiada orang pun. Jadi Maksu pergi tengoklah kat luar, kot kot ada orang nak main-mainkan. Mak Su jerit cakap jangan main-main. Senyap sajer. Cuma dengar bunyi katak dan cengkerik. Sebab masa tu lepas hujan. Jadi Maksu tutup balik pintu tu dan pergi ke tandas dimana Zareena tadi berada. Maksu jerit dia cakap kenapa lama sangat. Zareena membalas menyatakan tunggu sekejap. Maksu perasan macam ada orang dibilik rakan seorang lagi. Macam ada orang berdiri di bilik tu. Tapi bilik tu gelap. MakSu hampiri bilik tu dan buka lampu. Tak der sesiapa pun. Jadi Mak Su biarkan saja lampu tu terbuka. Tiba-tiba Zareena malaun ni menjerit. Mak Su bergegas ke tandas/bilik mandi tu. Mak Su jerit tanya kenapa. Zareena membalas ada lipas terbang hinggap kat kepala dia. Zareena terus keluar dari bilik mandi/tandas tu. Sekali lagi kedengaran bunyi ketukan pintu utama. Mak Su dan Zareena sama sama ke pintu utama dan bertanya siapa. Kali ni Mak Su tak buka pintu. Mak Su tanya siapa tapi tak menjawab. Jadi kami membiarkan sajer. Ketukan ketiga kedengaran, lantas Mak Su dan Zareena menghampiri pintu itu. Zareena berdiri dibelakang Mak Su sambil memegang tangan serta lengan Mak Su. Bila Mak Su buka, rupa nya budak budak rumah balik. Seorang budak yang tinggal sebilik dengan Mak Su tadi bertanya kenapa ada tapak kaki kat dalam bilik ni. Tapak kaki berminyak. Jadi Mak Su bergegas tengok, memang ada kelihatan tapak kaki. Kami semua sepakat pergi ke pejabat asrama dan mengadu tentang hal ni." kata Latifah sambil membetul kan tempekan bedak sejuk tadi.

Tiba-tiba Salina menjerit. "Kenapa?" tanya Latifah kepada Salina. "Ina nampak macam orang mengintai kat tingkap cermin tu. Ina takut Mak Su. Ina takut" ujar Salina dengan nada takutnya. Latifah terus keluar dari bilik dan mencapai parang didapur dan membuka pintu dapur. Latifah keluar dan mendapati........

(bersambung...........)

Thursday, February 3, 2011

Salina - Part 4

Latifah keluar dari bilik Salina dan dengan pantas dia berlalu pergi ke halaman rumah untuk menyidai "towel" basah nya. Dalam perjalanan menuju ke pintu, dia disapa oleh Mak Joyah. "Kau cuti ker Pah? Bukan main susah nak nampak muka kau sejak kebelakangan ni. Jengok-jengoklah abang long kau disini. Bukan kau tak der kereta. Eh! Mana pergi kereta kau?". Dalam hati Latifah menyibuk betul Mak Joyah ni. Kalau tak menyibuk pasal hal orang boleh tak. Dengan senyum simpul Latifah menjawab " Cuti lah Mak Yah. Tu yang boleh datang sini. Pah minta cuti tahun. 6 hari. Mak Yah dari mana?". Latifah terus menuju ke ampaian diluar rumah yang berdekatan dengan pintu dapur.

"Aku dari rumahlah. Aku nak pergi ke rumah Lebai Samad untuk tengok-tengok kan aku ni. Sejak kebelakangan ni, badan aku sakit-sakit. Sakit kat pinggang sampailah ke hujung kaki. Bisa sangat aku rasa. Kalau hari hujan, lagi lah aku tak boleh tahan. Allah saja yang tahu" balas Mak Joyah dengan suara nya yang lantang tu. Latifah masuk semula dan terus menolong Salina memotong sayur.

"Habis tu, kau nak ke rumah Lebai Samad lah ni. Kau ni kalau makan tak nak berpantang. Semua kau makan. Benda-benda "angin" semua kau hentam. Mana tak nyer kau senang dapat sakit sendi. Minum air pun kau kurang. Si Zemah tak tolong urutkan ke? Kan dia masih bercuti lagi." kata ibu Salina. Zemah adalah anak saudara Mak Joyah. Dia cuti semester.

"Budak-budak sekarang Ziah. Kau tahulah. Bila aku suruh goreng ikan, takut kata nya. Takut meletup dan kena ke tangan dan muka nya. Sedangkan goreng ikan aku suruh dia takut, ini kan pula nak suruh dia mengurut aku. Apa yang dia tahu asyik main "handphone" dia. Apa dia? Pesbook..Entah, susah benar aku nak menyebutnya." jawab Mak Joyah. " Facebook lah May Yah" sahut Latifah dengan ketawa.

"Kau dengar tak Ziah pasal kerbau mengamuk tadi. Orang cakap kerbau tu nampak Hantu Raya belaan orang tua yang berniaga gerai tu." tambah Mak Joyah. "Ishhhh, kau ni, kalau pasal bab-bab mengarut dan khurafat tu bagilah kat kau. Semuanya kau tahu kan. Tak der pasal tu lah eh! Isshh..apa kau ni. Bawa mengucaplah." sambil mengeleng-geleng kepala ibu Salina menjawabnya. Bunyi desiran minyak panas seakan-akan sedang mengoreng kedengaran. Ikan kembung dua ekor sedang digoreng diatas kuali hitam. Bunyi tumbukan batu lesung juga kedengaran. Cili merah, bawang putih serta cili api telah ditumbuk oleh Latifah. " Eh! Betul. Kalau tak macam mana kerbau yang elok-elok ditambat tu tiba-tiba mengamuk? Mesti dia ada nampak "benda alah" tu. Banyak orang cakap Ziah oiii! Dah aku nak balik ni. Aku nak ke rumah Lebai Samad. Dapat jugak dia mengurut dan tengok-tengok kan kaki aku ni. Kot-kot tersampuk ke? " tambah Mak Joyah sambil mengangkat punggung labu sayung nya dari kerusi dapur.

Latifah lantas mengusik dengan berkata " Hai! Cepat benar May Yah nak balik. Kalau tak tu, ada jer cerita yang nak dijaja". " Amboi kau bukan main "laser" lagi mulut kau yer Pah. Mentang-mentang aku ni macam ni, kau perli aku yer. Sampai hati kau Pah"..."Dah, Mak Yah nak balik ni"..sambil menuju ke pintu dapur terkedek-kedek disebabkan kakinya sakit dan terus berkata lagi " Ziah, aku balik dulu".

Semua masakan telah terhidang dimeja makan. Tengah tunggu "ketua rumah" balik. Setelah beberapa minit, Ayah Salina muncul dimuka pintu dapur lalu membasuh muka dan kaki nya di bilik mandi yang berdekatan dengan sinki. Kedua adik lelaki Salina juga telah balik. Mereka sekeluarga menikmati juadah makan tengah hari dengan berbual tentang kerbau mengamuk. Bunyi ketawa meriuhkan ruang dapur rumah Salina. Sungguh bahagia nampak nya keluarga Salina.
Tiba-tiba kedengaran bunyi motor.

(bersambung....)

Salina - Part 3

Dengan pantas, Salina dan mak saudaranya mengelak dan berlari ke tepi. Kaki mereka sempat berlari ke tempat semak yang berdekatan. Rupa-rupanya, ada kerbau mengamuk. Kelihatan beberapa orang lelaki termasuk Zali sedang mengejar kerbau yang sedang berdengus. Seakan-akan dalam keadaan marah dan ingin menanduk sesiapa saja yang menghalangnya.
“Kau tak pa-apa? “ tanya Zali. “Kerbau tu terlepas dari seberang jalan sana. Aku dengan abang aku atas motor. Ternampak beberapa orang sedang mengejar kerbau tu. Jadi aku ikut sekali. Seronok pulak aku rasa.” Tambah Zali.  Kelihatan Salina yang masih dalam keadaan terkejut dan terus mendekati Zali untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang peristiwa tersebut. Mak saudara Salina juga turut mendekati Zali sambil membersihkan kemuncup yang melekat di seluarnya.
“Aku tak apa-apa. Cuma aku terperanjat. Aku ingat apa dia tadi. Nasib baik Mak Su aku tarik aku ketepi. Kalau tak, habislah aku ditanduk oleh kerbau tu. Uhhhh! Selamat!” sambil menarik nafas dengan rasa lega. Salina dan mak saudara nya pun beredar dari tempat itu dan meneruskan perjalanan untuk ke destinasi mereka.
Kedengaran suara yang begitu riuh rendah. Pelbagai ragam penjual ikan, sayur dan peniaga lain untuk mempromosikan barang-barang yang dijual oleh mereka. Salina dan mak saudaranya menghampiri gerai-gerai tersebut dan membeli apa yang dikehendaki. Setelah membeli ke semua barang-barang mentah tersebut, mereka pun pulang ke rumah.
“Eh! Tak habis-habis lagi ke dia orang ni nak menangkap kerbau mengamuk tu. Riuh sekampung plak aku nampak. Lelaki semuanya sasa-sasa belaka. Tak kan tak boleh tangkap kot.”kata Latifah kepada Salina. Ternampak beberapa orang sedang mengerumun disatu kawasan tepi jalan di kawasan semak. Kerbau tu macam sudah ditambat.  “Mak Su. Kita nak masak apa hari ni. Mak Su ni reti ke masak?”, usik Salina.
“Hello! Tengok orang sikit tau. Walaupun kita macam ni, kita pandai masak tau. I kan tulen, mestilah pandai masak. Nanti kalau ada jodoh, kalau tak pandai masak, suami  I cari lain tau” sambil mengayakan percakapan tersebut dengan nada ala ala percakapan “adik-adik” atau mak nyah.  Salina membalas “ Mak faham Nyah”. Kedua-dua mereka semakin hampir ke rumah yang dituju. Dalam hati Salina, baik juga mak saudara ku ini. Sanggup dia berbelanja untuk makan tengah hari nanti. Yer lah, dia tak datang nak dekat 8 atau 9 bulan. Sesekali apa salahnya.
Kelihatan wajah yang agak kusam kulit mukanya dengan tahi lalat yang banyak dileher merenung jauh ke arah Salina dan Latifah.  “Kau orang ada beli tempoyak yang aku mintak tadi? Boleh buat tempoyak culit. Ikan kembung kau ada beli tak Pah?” tanya ibu Salina kepada Latifah. “ Ada kak. Pah tak lupa. Ada ni ha! Ikan kembung ni kita masak goring berlada yer. Paha ada beli kangkung. Boleh buat kangkung goring belacan” balas Latifah lantas meletakkan bungkusan barangan basah yang dibeli dari pasar tadi ke atas sinki. 
“Paha da jugak beli pucuk ubi, ubi kayu dan juga petai. Abang Long suka gulai petai ni kak. Akak buat lah untuk dia yer! Saya nak mandi kejap. Badan berbau pasar plak ni” tambah Latifah dan terus ke bilik Salina untuk bertukar pakaian dan mandi. Salina dan ibunya membuka semua bungkusan barangan basah tadi dan mengeluarkan sayur dan ikan untuk di siang.
Kedengaran lagu Ziana Zain di corong radio yang dibuka oleh Salina. Kedengaran suara perempuan dari bilik mandi yang mengikut lirik lagu tersebut. Maklumlah, anak dara tua. Mungkin terbawa-bawa perasaan nya yang masih belum berkahwin. Mungkin kesepian melanda. Maka amat tepatlah dengan lagu Ziana Zain tersebut. Suara di bilik mandi itu juga semakin lantang mengikut alunan lagu tersebut. Salina tersenyum sambil mengaul ikan yang telah siap di siang tadi dengan sedikit garam. Bawang dan cili juga telah tersedia untuk dikisar.
Sambil Salina membasuh sayur di sinki, dia terpandang kelibat manusia lalu diluar jalan rumahnya. Mak Joyah sedang menuju ke rumahnya. Dalam hati Salina, ini tak habis-habis nak mengumpat lah ni. Tak pun ada gossip terbaru yang hendak disampaikan. Tak serik-serik agaknya Makcik Joyah Bt Budin ni. Asyik menceritakan hal orang jer. Hal sendiri tak nak ambil kisah. Kalau hal orang, bukan main lebar mulut tu bercerita. Tapi kalau pekung sendiri, nak tutup, tutup lagi. Huurrmm! Mak Joyah, Mak Joyah. Seorang anak lelaki Mak Joyah masuk pusat pemulihan dadah, seorang lagi baru lepas kena tangkap polis sebab merempit. Anak perempuan yang bongsu plak, baru jer kena tangkap khalwat. Itu semua pekung Mak Joyah.
Kelihatan seorang wanita yang berumur 50-an dengan bentuk tubuh yang agak “labu sayung” semakin menghampiri pintu dapur dimana Salina berada. “Assalamualaikum! Ziah, aku ni. Kau buat apa tu?” Kedengaran suara Mak Joyah memberi salam. Lantas suara Salina dan ibu nya menyahut salam tersebut. Dengan lenggang lenggok nya, Mak Joyah masuk ke ruang dapur dan terus menghampiri ibu Salina.
“Kau nak masak apa Ziah? Bukan main banyak lagi kau “memborong”? Semua ada ni. Kau menang loteri ker Ziah?” tanya Mak Joyah. “ Ishhh kau ni. Kesitu plak kau pergi. Si Latifah balik menjenguk abang nya. Dia pergi ke pasar dengan Salina tadi. Kau dari mana ni? Tengah-tengah hari ni, kau tak masak ker?” balas ibu Salina.
“Owhhh! Latifah ada. Patutlah aku perasan tadi. Masa Salina lalu di hadapan rumah aku, aku nampak perempuan berjalan dengan Salina. Aku ingat siapa tadi. Eh! Kau tak tahu ke tadi ada kerbau mengamuk? Entah kenapa kerbau tu mengamuk?” tambah Mak Joyah sambil mata nya liar memandang kesana sini.
Orang seperti Mak Joyah memang dah semula jadi suka menjaga tepi kain orang. Suka mengumpat dan menghina orang. Lumrah orang macam ni. Warna baju Mak Joyah yang agak-agak tidak sesuai dengan “trend” terkini. Dah lah warna oren campur merah. Pakai pula selendang ungu. Warna gincu bibir merah menyala. Celak hitam yang tak kena tempat. Betul-betul macam orang “hulu banak”. Ishhh. Mak Joyah! Mak Joyah. Itulah yang difikirkan oleh Latifah apabila ternampak kelibat Mak Joyah didapur.

(Bersambung….)

Wednesday, February 2, 2011

Salina - Part 2

Wajah gembira terpancar di muka Salina. Dalam fikiran Salina hanya ada satu wajah. Wajah yang memberikan kegembiraan pada dirinya. Lama sungguh Mak Su tak datang. Terlalu rindu untuk bergurau senda dengan Mak Su yang ku sayangi. Itulah dia wanita kental yang diriku tahu. Seorang jurutera yang tegas membuktikan bahawa wanita juga boleh berjaya. Itulah dia Mak Su aku. Semua nya bermain-main difikiran Salina. Lantas jeritan gembira kedengaran serta riuh rendah dan gelak ketawa  memecah sunyi di rumah Hj Abas Abdullah. “Mak Su, Ina rindu sangat dengan Mak Su. Mak Su sihat? Mak Su apa khabar?” kata Salina kepada mak saudara nya sambil mendakap penuh erat tubuh seorang wanita yang berumur 41 tahun yang masih lagi belum berkahwin.

“Alhamdulillah sayang. Ina ok ker. Kenapa Ina berhenti sekolah ni. Ina tahu tak, Ina ni budak pandai tau. Anak saudara Mak Su ni bijak orang nyer” balas Latifah, nama sebenar nya sambil memicit pipi Salina dengan jari-jemarinya.

“Assalamualaikum”, kedengaran suara jantan yang macam biasa didengar selalu oleh Salina. Sambil meletak parang serta botol yang berisi cuka getah didepan rumah lalu naik ke tangga dapur untuk menjenguk isteri tercinta. Kedengaran suara dari Salina, Latifah serta Rodziah (ibu kepada Salina) menyambut salam tersebut.

Dalam fikiran Latifah, adakah itu suara Abang Long. Sudah 8 bulan tidak ku temui dia. Rindu sangat aku dengan abang sulung ku ini. Maklumlah, kerja ku banyak. Mengajar budak lepasan Universiti dan beberapa kerja teknik dan pengawasan elektrik. Tiada kesempatan aku ingin menjenguk nya disini. Aku tahu abangku seorang “wira”. Dia tidak berpelajaran tinggi macam aku, Cuma kerja kampung. Semangat dia sungguh kental. Walaupun dia tak berpelajaran tinggi, tapi dia ada keluarga. Apa ada pada aku? Suami & Anak? Jauh sekali. Cuma pangkat dan wang ringgit yang cukup untuk diriku bernafas lega. Hidup di Kuala Lumpur. Serba-serbi mahal. Alhamdulillah. Tak sia-sia aku berpelajaran tinggi. Walaupun aku tak kahwin, aku masih ada Abang Long, Abang Ngah dan Busu. Dan yang paling penting, aku masih ada tuhan. Allah S.W.T.

“Eh, kau! Bila sampai ni? Abang tak perasan. Mana kereta kamu?” kata Hj Abas Abdullah kepada adik perempuannya. Lantas Latifah menuju kearah Abang Long nya itu dan mencium tangannya dan berkata “Apa khabar abang? Kereta masuk “workshop”. Buat ragam lagi. Pah naik bas dari Bukit Jalil. Abang sihat?”

Sambil menuju ke rak dapur dan mengambil cawan aluminium lantas diisi dengan minuman kopi kampung. “Abang macam ni lah. Kerja kampung. Pagi-pagi lagi abang dah keluar menorah. Tak kesitu, abang pergi menebas semak di belakang rumah  arwah Pak Bidin  tu. Alhamdulillah, abang sihat. Selagi abang sihat, insya allah, abang akan menggunakan tulang empat kerat ni untuk bekerja. Kerja kau macam mana? Dah ada ker yang berkenan di hati?” tambah Hj. Abas Abdullah.

“Mak Su! Ina nak pergi pasar kat seberang sana. Mak Su nak ikut tak?” tanya Salina kepada Latifah. Dengan senyum, Latifah bersetuju dengan pertanyaan itu tadi dan melupakan apa yang ditanya oleh abang long nyer. Sebut pasal kahwin memang pantang bagi Latifah. Semenjak dia putus tunang 3 tahun lepas, seolah-olah , dia dah menjadi serik dengan lelaki. Serik dengan perangai lelaki melayu yang suka membuat janji tapi tidak pernah ditepati.

“Pah! Oh Pah!” jerit ibu Salina sambil berjalan menuju ke ruang dapur. Latifah menjawab panggilan kakak ipar nya itu dan menyatakan hasratnya untuk menemani Salina ke pasar di seberang sana. Perangai Latifah seolah-olah sudah macam “tom boy”. Cara jalan dah macam lelaki tetapi masih bertudung. Mungkin terbawa bawa sifat ditempat kerja nya yang kebanyakannya terdiri dari kaum lelaki.

Suasana mentari yang sungguh indah menyinari setiap sudut, diikuti dengan hembusan angin yang segar. Sungguh damai dan indah kampung ni. Latifah dan Salina berjalan menyusuri laman Mak Nab yang dipenuhi dengan pokok bunga. Kelihatan anak lelaki nya sedang membasuh motornya. Sungguh kurang sopan. Tidak berbaju dan hanya memakai seluar bola yang jarang. Ternampak sedikit warna seluar dalam kelabu nyer. Salina tidak menggemari perangai anak lelaki Mak Nab yang sorang ni. Dah lah tidak bekerja, pemalas lepas tu suka kacau anak dara di kampung. Banyak anak dara telah “rosak” akibat angkara nya namun setiap peristiwa, pasti dia terlepas dari kerja terkutuk nya itu.

“Hi Ina. Awak nak pergi mana? Boleh saya ikut” sapa anak lelaki Mak Nab. “Kau sibuk apasal. Suka hati akulah , aku nak pergi mana? Lain kali, jangan sibuk boleh tak? balas Salina sambil meneruskan langkah dengan Mak Su kesayangannya ke seberang jalan yang menghampiri disatu jambatan besi.

Kedengaran bunyi motor yang seakan- akan laju menuju kearah mereka. “Ina, ketepi..ketepi Ina, tepi…..” suara lelaki remaja.


(Bersambung)

Salina - Part 1

Salina merupakan budak yang baik budi bahasa nyer. Dia mempunyai perwatakan yang menarik dan sungguh bersopan baik dari tutur bahasa nya dan juga tingkah laku nya. Dia berasal dari keluarga yang susah. Bapa nya seorang penoreh getah manakala emaknya seorang peniaga nasi lemak. Adik beradiknya ada 3 orang. Salina adalah anak sulung dan mempunyai 2 lagi adik lelaki. Setiap pagi, emaknya akan menghantar nasi lemak yang telah dibungkuskan siap2. Salina lah yang akan menghantar nasi lemak tersebut ke Warong Pak Ismail yang terletak tak jauh dari rumahnyer. Adalah dalam 8-10 minit kalau berjalan kaki. Salina berumur 16 tahun dan dia tidak bersekolah lagi kerana bagi dirinya, dia perlu berkorban untuk adik-adik nya yang masih bersekolah dalam darjah 3 dan seorang lagi didalam darjah 5. Salina bukan nya tidak boleh belajar malah dia telah mendapat 6A2 dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Mendapat keputusan sebegitu adalah dianggap baik dan cemerlang dikawasan kampung tersebut. Disebabkan atas desakan keadaan dan melihat kedua ibu bapanya yang bekerja keras selalu, maka Salina mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pelajaran nya hingga peringkat SPM atau yang lebih tinggi lagi.

Dalam perjalanan untuk menghantar nasi lemak ke warung Pak Ismail, Salina disapa oleh Zali. Zali adalah rakan sekolah Salina. Mereka berkawan baik sejak dari sekolah rendah lagi.

"Salina, kau nak pergi jalan kaki ker. Tak berat ke?" sapa Zali. "Alah, aku dah biasalah. Kau ni nak pergi kemana ni. Ewah! Ewah! Bukan main kacak lagi aku nampak kau. Ni mesti ada apa-apa ni? kata Salina dengan penuh gurauan. Maklumlah, rakan rapat Salina. Salina memang suka bergurau orang nya. "Aku nak pergi kawankan abang aku pergi ke bandar. Dia ada temuduga kat Pejabat Pos. Jadi Kerani Kaunter. Aku tengah tunggu dia lah ni." balas Zali.

"Ohh, aku ingatkan , kau nak pergi tengok wayang tadi." usik Salina sambil meneruskan perjalanan nya ke warung Pak Ismail yang boleh kelihatan. Agak agak dalam 30 meter lagi, sampailah nasi lemak yang berjumlah 50 bungkus tu ke warung tersebut. Bunyi motor kedengaran menandakan betapa sibuk nya aktiviti di waktu pagi tersebut. "Ah, kau dah sampai. Apasal lambat hari ni. Orang banyak dah tunggu ni. Cepat! " jerit Pak Ismail. Kelihatan ramai lelaki yang berumur dalam lingkungan 50-an bersarapan disitu. Penoreh getah, pekebun dan pelbagai pekerja kampung yang singgah diwarung Pak Ismail ni. Ramai orang cakap, teh tarik Pak Ismail ni sedap. Sesetengah orang cakap, Pak Ismail ni ada menyimpan hantu raya. Dan pelbagai lagi andaian serta cerita tentang Pak Ismail ni. Pak Ismail adalah askar pencen yang menjalankan perniagaan gerai di Kampung Yong Nek. Hampir 15 tahun jugak lah dia berniaga.

Lantas Salina meletakkan bakul yang berisi Nasik Lemak tadi dan beredar dari situ. Dalam fikiran Salina, lepas ni nak menolong emak membasuh kain. Emak tak boleh berendam dengan air sangat. Dia ada lelah. Doktor juga telah menasihatkan dia jangan buat kerja berat-berat. Itu juga adalah satu sebab mengapa Salina membuat keputusan untuk berhenti dari sekolah. Dia ingin menolong ibunya. Aku mesti berhenti!. Aku mesti berhenti!. Itulah ayat yang bermain dalam fikiran nya semasa mendapat keputusan cemerlangnya.

Dalam perjalanan pulang, kelibat Zali tidak kelihatan lagi. Mungkin dia telah pergi ke bandar bersama abangnya. Sebelum sampai ke rumahnya, dia akan melalui laman Mak Nab yang dipenuhi dengan pokok bunga kertas serta pelbagai pokok bunga yang lain. Indah sungguh laman Mak Nab ni. Setelah Salina lalu separuh dari laman Mak Nab, Salina disapa oleh Razak dari tingkap. "Hi. Awak dari mana ni?". Salina tidak memperdulikan sapaan itu kerana dia tahu Razak ni gatal sikit. Siapa yang tak kenal Razak, anak Mak Nab. Bohjan kampung yang terkenal. Salina meneruskan perjalanan nya sehingga sampai ke rumah. Bila Salina membuka pintu, dia melihat..................................

(bersambung)

Tuesday, February 1, 2011

Gembira - Part 2

Setelah Kak Seha "drop" kat Avenue K, Jalan Ampang, zam pun terus pergi ke Cafe favourite zam iaitu NYONYA CORNER..huhuhuhuh..kat sini Wi-Fi nyer laju and set value meals nyer pun berpatutan harga nyer. Setelah sampai disitew, zam order air minuman favourite zam iaitu White Coffee. Zam buka lappy and terus online FB and chatting ngan my friends kat U.S...heheheh..

Kak Seha Beins sekeluarga pulang ke hotel dimana mereka menginap. Kak Seha Beins ni adalah seorang perunding tentang METAPHYSICS..so kalau ada sesiapa yang hendak mendapatkan khidmatnyer, sila inbox zam kat Facebook ok..(Note : Kak Seha, zam nak promote pasal Metaphysics ni..heheheheh). Kak Seha juga merupakan rakan sekolah kepada pelakon terkenal Elliesuriaty Omar. Jadi semalam, Kak Ellie nak datang jumpa kak Seha. Just amongst friends kan..huhuhu..zam ni memang kacau daun kan. So zam pun tak nak ketinggalan untuk menemui pelakon "favourite" zam ni. Apa lagi, kak seha cakap nak jumpa Kak Ellie tak, of course, mestilah nak kan..siapa yang nak lepaskan peluang ni..tambahan Kak Elliesuriaty Omar ni memang zam minat sangat. Lakonan nyer mantap and she got her own trademark...I love her so much.


Bersama pelakon pujaanku ELLIESURIATY OMAR
 Setelah menerima "isyarat" dari Kak Seha menyatakan bahawa Kak Elliesuriaty dah sampai kat lobby hotel yang dia menginap, zam pun pack my things and jalan kaki ke hotel tersebut. Perasaan zam sangat gembira sangat bila nak berjumpa dengan Kak Elliesuriati ni...Terkesima, teruja pun ada jugak..hehehhe..Sampai dilobby hotel, zam sms kak Seha, tak nampak pun Kak Elliesuriati, Kak Seha cakap, dia ada kat kawasan tu..Perasaan zam ni macam malu pun ada, excited pun ada..heheheh..akhirnyer, tinjau punyer tinjau, nampak dia. Seorang pelakon amat berbakat besar yang bernama Elliesuriaty Omar sedang duduk bersama teman wanitanyer. Dalam hati zam, alamak, malu nyer aku, siapa lah diri ni kan..huhuhu..Amat terperanjat, kak Ellie tersenyum dari jauh dan menyapa diriku ini. Zam kenalkan diri and duduk serta berbual. Kami rancak berbual walaupun dalam hati zam berdebar2 ...maklumlah, berjumpa dengan orang yang terkenal..huhuhuhu..setelah beberapa minit
kak Seha Beins sampai...maka suasana menjadi riuh sebab Kak Seha and Kak Elliesuriaty ni memang kawan baik. Alhamdulillah, semangat kawan macam ni lah yang kita nak. Kak Ellie adalah seorang yang very down to earth person, friendly and mudah senyum. Zam amat senang berbual dengan nyer..baik sangat....muka dia secara "LIVE" pun manis sangat...zam suka gaya dia..

To Kak Elliesuriati : Zam doakan kak ellie success dalam apa jua bidang atau pekerjaan yang sis lakukan. Insya Allah, kita sentiasa didalam lindungan Allah dan sentiasa dalam perhatian Allah. Kita sama bintang sis. Kita adalah orang PIECES..hehehehe..PIECES ni sensitif and kuat berfikir..sama lah kita kak Ellie..Tapi orang berfikir ni beruntung kan kak Ellie, kita fikir apa yang akan terjadi dan apa yang bakal menyusul terjadi selepas tu kan....Cuma PIECES ni, kita perlu berfikiran positif ...hehehehe..Kak Ellie, zam mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan terima kasih sebab sudi meluangkan masa dan memberi zam peluang bersama2 dengan teman dan rakan Kak Ellie semalam. Zam memang having fun semalam ...Hope we can meet again...zam ada beberapa "storyline" yang zam nak bagi...I got a few real stories which happened out there so that can transform it into drama or film. Insya Allah, zam tengah "writing" tentang storyline nyer...Moga Allah memberi zam idea...Wishing you all the best in your future endeavour kak Ellie.. Muuahh! Love you sis....

Begitulah cerita semalam yang buat zam happy sangat...zam dapat berjumpa dengan pelakon kegemaran zam. Zam juga enjoy dengan the rest of the peoples yang ada bersama-sama dengan Kak Elliesuriaty Omar. Kak Seha Beins, once again, thank you so much. Zam beruntung sebab dapat mengenali you and your friends (of course and especially Kak Elliesuriati).. zam happy sangat semalam.

Bersama-sama teman yang lain
Dalam pukul 10.30pm, kakak zam call and dia nak "fetch" zam. Tapi dia suruh zam tunggu dia kat Citibank..so zam pun beredar dari hotel tersebut dan berjalan and tunggu my sister kat Citibank...dalam 5 minit my sister datang and kami pun balik menuju rumah my parents kat Gombak..

Itulah serba sedikit pengalaman gembira zam semalam. Cherish the moment so much.

Love to : Kak Seha Beins, Kak Elliesuriati, Kak Knot & Sham. Not to forget, to Auntie (Kak Seha's mother-in-Law) and kak seha's children....

Note : Sesiapa yang ingin mendapatkan rundingan tentang METAPHYSIC, inbox me at my Facebook. I will inform Kak Seha on the consultations...